Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests None
Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
Top posting users this month
No user |
KHAMIS 27 Oktober
Page 1 of 1
KHAMIS 27 Oktober
Dibebaskan Dari Satu Kutukan (Galatia 3:9–14)
Tidak diragukan bahawa para penentang Paulus terkejut dengan kata-kata
kesatnya dalam Galatia 3:10. Mereka pasti tidak memikirkna diri mereka sebagai
berada di bawah suatu kutukan (sumpahan); apa yang mereka harapkan
hanyalah mendapat berkat akibat daripada penurutan mereka. Tetapi Paulus
menyatakan tanpa ragu-ragu: “Karena semua orang, yang hidup dari pekerjaan
hukum Taurat, berada di bawah kutuk. Sebab ada tertulis: ‘Terkutuklah orang
yang tidak setia melakukan segala sesuatu yang tertulis dalam kitab hukum
Taurat’ “.
Paulus sedang membandingkan dua pilihan yang jauh berbeza:
keselamatan oleh iman dan keselamatan oleh pekerjaan. Berkat perjanjian itu
dan kutukan yang digariskan dalam Ulangan 27 dan 28 adalah jelas. Mereka
yang menuruti akan diberkati, mereka yang tidak taat akan menerima kutukan.
Ini bermakna bahawa jika seseorang harus bergantung kepada penurutan
terhadap hukum agar dapat diterima oleh Tuhan, maka seluruh hukum
haruslah dituruti. Kita tidak diberi kebebasan untuk mengambil dan memilih
apa yang kita ingin turuti; kita juga harus jangan menganggap bahawa Tuhan
bersedia mengabaikan beberapa kesilapan kecil di sana sini. Semua tanggapan
seperti ini adalah salah.
Sudah tentu hal ini merupakan satu berita tidak baik bukan sahaja kepada
bangsa bukan Yahudi tetapi juga kepada para penentang Paulus yang bersikap
legalistik kerana kita “telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan
Tuhan.” Betapa kita bekerja keras untuk menjadi baik, namun hukum itu hanya
boleh menghakimi kita sebagai pelanggar hukum.
Bagaimanakah Kristus membebaskan kita daripada kutukan dosa? Sila
lihat Galatia 3:13, 2 Korintus 5:21.
____________________________________________________________
Paulus memperkenalkan satu lagi kiasan untuk menerangkan apa yang
Tuhan telah lakukan melalui Kristus. Istilah menebus bermakna “membeli
kembali.” Ia digunakan sebagai merujuk kepada wang tebusan yang dibayar
untuk membebaskan tebusan atau harga yang dibayar unuk membebaskan
seorang hamba abdi. Oleh kerana upah dosa ialah kematian, kutukan kerana
gagal menuruti hukum selalunya berupa hukuman mati. Wang tebusan yang
dibayar demi keselamatn kita bukan suatu yang tidak dipandang penting; ia
membuat Tuhan mengorbankan AnakNya sendiri (Yohanes 3:16). Yesus
menebus kita datipada kutukan dengan menjadikan dirinya pemikul dosa kita
(1 Korintus 6:20, 7:23). Dengan kerelaanNya sendiri, Dia telah meletakkan ke
atas diriNya kutukan yang seharusnya kita punya dan Dia telah menderita
bagi pihak kita semua hukuman ke atas dosa (2 Korintus 5:21).
Paulus merujuk kepada Ulangan 21:23 sebagai bukti Kitab Suci. Menurut
adat istiadat bangsa Yahudi, seseorang akan berada di bawah kutukan Tuhan
jika tubuhnya digantung di atas kayu selepas hukuman ke atasnya
dilaksanakan. Kematian Yesus di kayu Salib merupakan satu contoh mengenai
kutukan ini (Kisah 5:30, 1 Petrus 2:24).
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin
» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin
» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin
» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin
» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin
» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin
» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin
» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin
» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin