Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
RABU 30 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
RABU 30 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
RABU 30 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
RABU 30 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
RABU 30 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
RABU 30 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
RABU 30 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
RABU 30 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
RABU 30 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


RABU 30 November

Go down

RABU 30 November Empty RABU 30 November

Post by admin Fri Dec 02, 2011 3:24 am


Hagar dan Gunung Sinai (Galatia 4:21–31)

Apakah jenis hubungan yang Tuhan ingin tetapkan dengan umatNya di Gunung
Sinai? Apakah persamaan yang dikongsikannya dengan janji Tuhan kepada
Abraham? Keluaran 6:2-8; 19:3-6; Ulangan 32:10-12.
Tuhan ingin berkongsi satu hubungan perjanjian yang sama dengan bangsa Israel
di Gunung Sinai sebagaimana dengan Abraham. Malah, persamaan itu wujud di antara
Firman Tuhan kepada Abraham dalam Kejadian 12:1-3 dan firmanNya kepada Musa
dalam Keluaran 19. Dalam kedua-dua kes ini, Tuhan menekankan tentang apa yang
akan Dia lakukan terhadap umatNya. Dia tidak meminta bangsa Israel berjanji untuk
melakukan sesuatu untuk mendapatkan berkatNya; sebaliknya, merekalah yang akan
menurut Tuhan sebagai respons terhadap berkat-berkat yang Dia berikan. Perkataan
Ibrani yang diterjemahkan kepada “menurut” dan “memelihara” dalam Keluaran 19:5
secara harfiah bererti “mendengar.” Firman Tuhan tidak menyatakan keselamatan
oleh perbuatan. Sebaliknya, Dia menginginkan agar bangsa Israel memiliki iman sama
yang menggambarkan respons Abraham terhadap janji-janjiNya.
Jika hubungan perjanjian yang Tuhan berikan kepada bangsa Israel di Gunung
Sinai sama dengan perjanjian yang diberikan kepada Abraham, mengapakah
Paulus menghubungkan Gunung Sinai dengan pengalaman Hagar yang negatif?
Keluaran 19:7-25; Ibrani. 8:6, 7.
____________________________________________________________
Perjanjian di Sinai bertujuan untuk menunjukkan keberdosaan umat manusia
dan penawarnya iaitu kasih kurnia Tuhan yang berkelimpahan, semuanya
dilambangkan oleh upacara pelayanan di dalam sanktuari. Masalah perjanjian Sinai
bukan pada pihak Tuhan tetapi pada janji-janji palsu yang dibuat oleh manusia (Ibrani
8:6). Di sebalik menerima janji Tuhan dengan kerendahan hati dan iman, bangsa Israel
menyahut dengan sikap percaya pada diri sendiri. “Segala yang difirmankan TUHAN
akan kami lakukan” (Keluaran 19:Cool. Setelah hidup sebagai hamba abdi di Mesir selama
lebih dari empat ratus tahun, mereka tidak memiliki konsep yang benar tentang
kemegahan Tuhan dan juga keadaan keberdosaan mereka yang jauh merosot. Dalam
cara sama Abraham dan Sarai mencuba membantu Tuhan menggenapi janjiNya,
bangsa Israel juga telah mencuba mengubah perjanjian kasih kurnia Tuhan menjadi
sebuah kontrak kerja. Hagar melambangkan Sinai yang menyatakan upaya manusia
untuk memperoleh keselamatan oleh perbuatan.
Paulus tidak mengatakan bahawa hukum yang diberikan di Sinai itu tidak
baik atau telah dihapuskan. Dia risau dengan pandangan serong orang Galatia
terhadap hukum yang bersifat legalistik. “Di sebalik meyakinkan mereka tentang
kemustahilan mutlak dalam usaha menyenangkan Tuhan dengan memelihara
hukum, hukum itu membangun dalam kehidupan mereka suatu tekad yang kuat
untuk bergantung pada kemampuan peribadi untuk menyenangkan Tuhan.
Demikianlah hukum itu tidak lagi menggenapi tujuan kasih kurnia agar menuntun
orang Yahudi kepada Kristus. Sebaliknya, hal itu memisahkan mereka dari
Kristus.”—O. Palmer Robertson, The Kristus of the Covenants (Phillipsburg, N.J.:
Presbyterian and Reformed Publishing Co., 1980), ms. 181.
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum