Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


RABU 2 November

View previous topic View next topic Go down

RABU 2 November

Post by admin on Sun Nov 13, 2011 7:58 am


Jangka Masa Hukum Tuhan

Adakah kenyataan Paulus tentang hukum sebagai ditambahakan di Gunung Sinai
bermakna bahawa ia tidak wujud sebelum itu? Jika tidak, apakah perbezaan di
antara sebelum dan selepas Gunung Sinai? Sila baca Kejadian 9:5, 6; 18:19; 26:5;
39:7–10; Keluaran 16:22–26.
____________________________________________________________
Tuhan tidak perlu menyatakan hukumNya kepada Abraham diiringi dengan
guruh, kilat dan hukuman mati (Keluaran 19:10–23). Jika demikian, mengapakah
Tuhan memberikan hukum itu kepada umat Israel dalam keadaan seperti itu? Ia
adalah kerana semasa perhambaan mereka di Mesir, umat Israel telah hilang
pandangan terhadap kebesaran Tuhan dan piawai moralNya yang tinggi. Akibatnya,
mereka perlu disedarkan kepada keberdosaan mereka yang besar serta kekudusan
hukum Tuhan. Pernyatan di Sinai sudah pasti Berjaya melakukan hakikat itu.
Apakah yang Paulus maksudkan apabila dia berkata bahawa hukum itu ditambah
“sampai datang keturunan yang dimaksud oleh janji itu”? Galatia 3:16–19.
____________________________________________________________
Ramai yang memahami ayat ini sebagai bermaksud bahawa hukum yang
telah diberikan di Sinai hanya sementara. Ia genap 430 tahun selepas Abraham
dan berkahir apabila Kristus datang. Namun tafsiran ini bercanggah dengan
apa yang Paulus katakan mengenai hukum dalam kitab Romadan juga beberapa
ayat lain dalam Alkitab seperti dalam Matius 5:17–19.
Kesilapan yang para pembaca sering lakukan ialah menganggap bahawa
istilah “sampai datang” (atau ‘sehingga’) selalunya merujuk kepada satu jangka
masa yang terhad. Hal ini tudak betul. Dalam menjelaskan seseorang yang takut
akan Tuhan, Mazmur 112:8 berkata, “Hatinya teguh, ia tidak takut, sehingga ia
memandang rendah para lawannya.” Adakah ini bermakna bahawa apabila dia
menang dia akan menjadi takut? Dalam Wahyu 2:25 Yesus berkata, “Tetapi apa
yang ada padamu, peganglah itu sampai Aku datang.” Adakah maksud Yesus
bahawa apabila Dia datang maka kita tidak lagi perlu setia kepadaNya?
Peranan hukum tidak berakhir dengan kedatangan Kristus. Ia akan tersu
menyatakan dosa selagi hukum itu wujud. Apakah yang Paulus maksudkan
ialah bahawa kedatangan Kristus menandakan satu lonjakan perubahan dalam
sejarah manusia. Yesus boleh melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh
hukum – iaitu menyediakan penawar untuk dosa, iaitu, membenarkan orang
berdosa dan melaluii RohNya menggenapi hukum itu dalam diri mereka (Roma
8:3, 4).
Pernahkah anda memikir diri sendiri, Jika hanya Tuhan melakukan hal
ini untuk saya, atau hal itu dan sebagainya maka saya tidak lagi akan meragui
atau mempersoalkan Dia? Namun fikirkan apa yang telah berlaku di Sinai,
betapa hebatnya pernyataan kuasa Tuhan yang disaksikan oleh bangsa israel—
namun, pakah yang mereka telah lakukan? Apakah yang hal ini katakan
kepada anda tentang apa iman sejati itu sebenarnya dan bagaimana kita boleh
mendapat dan mengekalkannya? (lihat Kolose 2:6).

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum