Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest None
Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
Top posting users this month
No user |
RABU 9 November
Page 1 of 1
RABU 9 November
Hukum Sebagai Penuntun Kita
Dalam Galatia 3:23, Paulus menerangkan hukum sebagai satu kuasa pengawal
dan pelindung. Kepada apakah yang dia samakannya dalam 24 dan apakah
maksudnya?
__________________________________________________________________
Perkataan yang diterjemahkan sebagai “penuntun” berasal dari perkataan
Yunani paidagogos. Beberapa versi menterjemahkannya sebagai “orang yang
berpegang pada disiplin” (NRSV), “jurulatih” (NKJV) dan juga “penjaga” (ESV),
tetapi tidak satu pun di antara istilah ini yang dapat memberikan erti sepenuhnya
kepada perkataan. Istilah paidagogos menggambarkan seorang hamba dalam
masyarakat Rum yang diberikan kuasa ke atas anak tuannya sejak mereka berumur
enam atau tujuh tahun sehingga mereka menjadi dewasa. Sebagai tambahan kepada
tugasnya dalam menyediakan keperluan fizikal kepada anak tuannya, seperti
memandikannya, memberikan makanan dan pakaian serta melindungi mereka
dari bahaya, para pendidik (paidagogos) ini juga bertanggung jawab untuk
memastikan anak tuannya pergi ke sekolah dan menyiapkan kerja rumahnya.
Tambahan kepada itu juga, dia diharapkan untuk bukan sahaja mengajar dan
mempraktikkan amalan moral dan tatatertib tetapi juga mempastikan bahawa anakanak
itu belajar dan mempraktikkan amalan tersebut.
Walaupun terdapat beberapa pengasuh yang baik dan disayangi oleh anak
asuhnya, gambaran yang diberikan kepada mereka dalam sastera purba adalah
sebagai seorang yang menegakkan disiplin. Mereka memastikan adanya penurutan
bukan sahaja melalui ancaman keras dan teguran tetapi juga dengan cara memukul
dan merotan.
Gambaran yang Paulus berikan pada hukum Taurat sebagai penuntun lebih
lanjut menjelaskan pengertiannya tentang peranan hukum. Hukum itu telah
ditambahkan untuk menunjukkan dosa dan memberikan petunjuk. Sifat dasar
dari tugas ini memberi pengertian bahawa hukum Taurat juga mempunyai aspek
negatif, hal itu disebabkan karena hukum Taurat menegur dan menuduh kita
sebagai orang berdosa. Namun, dalam aspek “negatif” ini Tuhan menggunakannya
untuk kebaikan kita, karena tuduhan hukum itulah yang menyebabkan kita untuk
datang kepada Kristus. Dengan demikian, hukum Taurat dan Injil tidak bercanggah.
Tuhan merancangnya untuk bekerjasama demi keselamatan kita.
“Dalam Alkitab [Galatia 3:24], Roh Kudus secara khusus berbicara mengenai
hukum moral melalui Rasul Paulus. Hukum menyatakan dosa kepada kitadan
membuat kita dapat merasakan keperluan kita akan Kristus dan lari kepadaNya untuk
mendapatkan pengampunan dan damai dengan bertaubat kepada Tuhan dan beriman
dalam Tuhan kita Yesus Kristus.”—Ellen G. White, Selected Messages, Book 1, ms. 234.
Bilakah kali terakhir anda membandingkan tindakan, kata-kata dan pemikiran
anda dengan hukum moral? Lakukanlah sekarang, bandingkanlah bukan saja dengan
apa yang tertulis di dalam hukum itu tetapi juga a dengan semangat yang terkandung
di dalamnya (Matius 5:28; Roma 7:6). Sejauhmanakah anda telah berjaya menuruti
hukum itu? Apakah yang dinyatakan oleh jawaban anda tentang maksud Paulus dalam
suratnya?
Similar topics
» RABU 30 November
» RABU 2 November
» RABU 23 November _ Dahulu dan Sekarang
» RABU 16 November _ Hak Istimewa Menjadi Anak
» RABU 5 Oktober
» RABU 2 November
» RABU 23 November _ Dahulu dan Sekarang
» RABU 16 November _ Hak Istimewa Menjadi Anak
» RABU 5 Oktober
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin
» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin
» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin
» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin
» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin
» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin
» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin
» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin
» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin