Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


JUMAAT 2 Disember

View previous topic View next topic Go down

JUMAAT 2 Disember

Post by admin on Fri Dec 02, 2011 3:28 am


Kajian Tambahan:
Sila baca Ellen G. White, “The Law and the Covenants,” ms. 363–
373, dalam Patriarchs and Prophets.
“Tetapi jika perjanjian Abraham itu mengandungi janji penebusan,
mengapakah perjanjian yang lain itu diadakan di Sinai? Semasa dalam
perhambaan mereka bangsa itu sudah berada jauh kehilangan pengetahuan
tentang Tuhan dan tentang prinsip-prinsip perjanjian Abraham. . . .
“Tuhan telah membawa mereka ke Sinai; Dia menyatakan kemuliaanNya,
Dia memberikan kepada mereka hukumNya, dengan janji akan memperoleh
berkat berlimah jika mereka setia: “Jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan
FirmanKu dan berpegang pada perjanjianKu, maka . . . kamu akan menjadi
bagiKu satu kerajaan imam dan bangsa yang kudus.” Keluaran 19:5, 6. Bangsa
itu tidak menyedari keberdosaan hati merekadan bahawa tanpa Kristus adalah
mustahil bagi mereka untuk menurut hukum Tuhan; dan dengan mudah
mereka mengadakan perjanjian dengan Tuhan. . . tetapi hanya beberapa minggu
berlalu maka mereka sudah mengingkari janji mereka dengan Tuhan dan telah
tunduk menyembah satu buatan tangan. Mereka tidak dapat berharap
mendapat pengasihan Tuhan melalui satu perjanjian yang mereka telah langgar;
dan sekarang, ketika menyedari keberdosaan mereka dan keperluan mereka
untuk diampuni, mereka dituntun untuk merasakan keperluan Juruselamat
yang dinyatakan dalam perjanjian Abraham dan yang dilambangkan oleh
persembahan korban. Sekarang oleh iman dan kasih mereka diikat kepada
Tuhan sebagai Pembebas mereka dari perhambaan dosa. Sekarang mereka
bersedia untuk menerima berkat-berkat daripada perjanjian baru itu.”—Ellen
G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 371, 372.
Soalan Perbincangan:
1. Adakah kehidupan anda bersama Tuhan lebih kepada jenis “perjanjian lama”
atau jenis “perjanjian baru”? Bagaimanakah anda dapat membezakannya?
2. Apakah di antara isu dalam gereja anda masa kini yang menyebabkan suasana
menjadi tegang? Bagaimanakah hal itu diselesaikan? Walaupun anda dapati
diri anda menjadi korban “penganiayaan,” bagaimanakah anda memastikan,
bahawa anda tidak melakukan penganiayaan? Di manakah garis pemisahnya
di sini? (Lihat juga Matius 18:15-17).
3. Berapa kalikah anda berjanji kepada Tuhan untuk tidak melakukan ini dan itu
tetapi ternyata anda melakukannya? Bagaimanakah hakikat menyedihakan ini
boleh menolong anda memahami makna kasih kurnia?
Ringkasan: Cerita mengenai Hagar dan Ismael serta bangsa Israel di Sinai
menerangkan betapa bodohnya tindakan bersandar pada usaha sendiri untuk
mencapai apa yang Tuhan telah janjikan. Cara pembenaran oleh diri sendiri
ini dirujuk sebagai perjanjian lama. Perjanjian baru adalah perjanjian kasih
kurnia kekal Tuhan yang pertama kali ditetapkan untuk Adam dan Hawa
setelah mereka berdosa, diperbaharui dengan Abraham dan akhirnya digenapi
dalam Kristus

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum