Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


ISNIN 28 November

View previous topic View next topic Go down

ISNIN 28 November

Post by admin on Fri Dec 02, 2011 3:20 am


Perjanjian Abraham

Apakah perjanjian yang Tuhan buat kepada Abraham dalam Kejadian 12:1-5?
Apakah respons Abraham terhadapnya?
Janji awal Tuhan kepada Abraham berupa salah satu bahagian ayat yang sangat
penting dalam kitab Perjanjian Lama. Ayat ini secara keseluruhan berbicara tentang
kasih kurnia Tuhan. Kerana Tuhan yang membuat janji itu dan bukan Abraham.
Abraham tidak mendapatkan rahmat Tuhan melalui usaha atau perbuatannya
sendiri, dalam ayat itu juga tidak terdapat sebarang petunjuk yang menyatakan
bahawa Tuhan dan Abraham bekerja sama untuk membuat perjanjian tersebut.
Tuhan yang membuat perjanjian itu secara keseluruhan. Sebaliknya, Abraham
diharapkan untuk mempercayai kepastian janji Tuhan kepadanya, bukan sekadar
“iman” tetapi satu iman yang dibuktikan dengan tindakannya meninggalkan kaum
keluarganya (pada usia 75 tahun) dan berjalan menuju tanah yang telah dijanjikan
Tuhan.
“Dengan ‘berkat’ yang dilafazkan kepada Abraham dan melalui dia kepada
seluruh umat manusia, Pencipta telah memperbaharui rencana penebusanNya. Dia
telah ‘memberkati’ Adam dan Hawa di Firdaus (Kejadian 1:28; 5:2) kemudian
‘memberkati Nuh dan anak-anaknya’ setelah air bah surut (Kejadian 9:1). Dengan
jalan ini Tuhan menjelaskan janjiNya yang terdahulu tentang seorang Penebus yang
akan menebus manusia, membinasakan kejahatandan memulihkan Firdaus
(Kejadian 3:15). Tuhan meneguhkan janjiNya untuk memberkati ‘segala bangsa’
dalam upayaNya menjangkau segala bangsa di muka bumi.”—Hans K. LaRondelle,
Our Creator Redeemer, ms. 22, 23.
Setelah menunggu sepuluh tahun untuk anak yang dijanjikan itu lahir, apakah
persoalan yang ada pada Abraham mengenai janji Tuhan? Kejadian 15:1–6.
Seringkali sangat mudah menonjolkan Abraham sebagai orang beriman dan tidak
pernah ada pesoalan atau keraguan dalam hidupnya. Namun Alkitab memberikan
gambaran yang berbeza. Abraham percaya, tetapi dia juga memiliki keraguan
sehubungan dengan janji Tuhan di sepanjang hidupnya. Imannya adalah iman yang
bertumbuh. Seperti bapa yang disebutkan dalam Markus 9:24, pada dasarnya Abraham
berkata kepada Tuhan dalam Kejadian 15:8, “Aku percaya, tolonglah ketidakpercayaanku
ini.” Sebagai jawabannya, Tuhan dalam rahmatNya memberikan jaminan kepada
Abraham tentang kepastian janjiNya dengan mengadakan perjanjian dengannya
(Kejadian 15:7-18). Apa yang membuat ayat ini menakjubkan ialah bukan hakikatnya
bahawa Tuhan membuat perjanjian dengan Abraham melainkan betapa jauhnya Tuhan
merendahkan diriNya untuk membuat perjanjian itu. Tidak seperti pemerintah lain di
Timur Tengah, yang menolak mengadakan perjanjian dengan hamba mereka. Tuhan
tidak hanya memberikan janjiNya, namun juga, melalui lambang binatang yang
tersembelih, Dia memakukan hidupNya pada perjanjian itu. Sudah tentu, Yesus akhirnya
akan menyerahkan hidupNya di Golgota untuk menepati janjiNya.
Dalam hal apakah pada masa ini anda harus menjangkau dengan iman dan
mempercayai sesuatu yang kelihatan mustahil? Bagaimanakah anda belajar untuk
tetap percaya, walau apapun yang terjadi?

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum