Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
ISNIN 3 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
ISNIN 3 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
ISNIN 3 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
ISNIN 3 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
ISNIN 3 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
ISNIN 3 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
ISNIN 3 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
ISNIN 3 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
ISNIN 3 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


ISNIN 3 Oktober

Go down

ISNIN 3 Oktober Empty ISNIN 3 Oktober

Post by admin Tue Oct 04, 2011 10:44 am


Panggilan Untuk Paulus

Walaupun surat yang ditulis oleh Paulus secara umum mengikuti format asas
yang digunakan dalam penulisan surat zaman purba, namun Galatia mengandungi
beberapa ciri unik yang tidak terdapat dalam surat Paulus yang lain. Apabila kita
mengenalinya, ia boleh membantu kita memahami dengan lebih baik keadaan
yang ditangani oleh Paulus.

Bandingkan ucapan pembukaan Paulus dalam Galatia 1:1, 2 dengan apa yang
dituliskan dalam Efesus 1:1, Filipi 1:1dan 2 Tesalonika 1:1. Dalam cara apakah
ucapan pembukaan yang Paulus gunakan dalam Galatia sama dan juga berbeza
daripada surat-surat yang lain?

Ucapan pendahuluan Paulus dalam Galatia bukan sahaja lebih panjang daripada
suratnya yang lain, tetapi dia juga membuat penambahan daripada apa yang biasa
digunakannya dengan menerangkan asas kepada kekuasaan kerasulannya. Secara
literal, istilah rasul (aposel) bermaksud “dia yang telah diutus” atau “seorang utusan.”
Dalam Perjanjian Baru, dalam ertikata sebenar, ia merujuk kepada 12 orang murid
Yesus yang asal dan kepada mereka yang Yesus temui selepas kebangkitanNya dan
ditugaskan untuk menjadi saksi-saksiNya (Galatia 1:19, 1 Korintus 15:7). Paulus
mengisytiharkan bahawa dia twergolong dalam kelompok terpilih ini.
Hakikat bahawa Paulus sekeras-kerasnya menyangkal bahawa kerasulannya
berdasar kepada manusia membayangkan bahawa terdapat percubaan oleh sesetengah
umat di Galatia untuk mencabar kekuasaan kerasulannya. Mengapa? Sebagaimana
kita sudah lihat, beberapa orang dalam gereja tidak senang dengan perkhabaran yang
Paulus sampaikan iaitu, bahawa keselamatan adalah berdasar kepada iman dalam
Kristus sahaja dan bukan atas penurutan hukum. Mereka merasakan bahawa Injil yang
Paulus sampaikan melemahkan penurutan. Mereka yang membantah ini sangat licik.
Mereka mengetahui bahawa dasar kepada perkhabaran Injil yang Paulus sampaikan
secara langsung terikat kepada sumber autoriti kerasulannya (Yohanes 3:34)dan mereka
bernekad untuk melancarkan serangan kuat terhadap kekuasaan itu.
Namun, mereka tidak menolak kerasulan Paulus secara langsung; mereka cuma
membahas bahawa ia tidak penting sebenarnya. Kemungkinan mereka menuduh
bahawa Paulus bukan salah seorang daripada pengikut Yesus yang asal; oleh itu,
kekuasaannya bukan berasal dari Tuhan tetapi dari manusia – mungkin berasal dari
para pemimpin gereja di Antiokhia yang telah mengutus Paulus dan Barnabas sebagai
penginjil (Kisah 13:1–3). Aatau, kemungkinan ia berasal daripada Ananias yang telah
membaptiskan Paulus (Kisah 9:10–18). Pada pandangan mereka, Paulus hanya seorang
utusan dari Antiokhia atau Damsyik – tidak lebih daripada itu! Sehubungan dengan
itu, mereka membahas bahawa mesej yang disampaikannya adalah sekadar
pandangannya sendiri, bukan Firman Tuhan.
Paulus menyedari bahaya daripada tuduhan ini lalu dengan serta merta dia
mempertahankan kerasulannya yang berasal dari Tuhan.

Dalam cara apakah, walaupun secara halus, kekuasaan Kitab Suci sedang dicabar
hari ini dalam lingkungan gereja kita sendiri? Bagaimanakah kita boleh mengenali
cabaran seumpama ini? Lebih penting lagi, bagaimanakah mereka (mungkin) telah
mempengaruhi pemikiran anda sendiri sehubungan dengan autoriti Alkitab?
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum