Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


ISNIN 24 Oktober

View previous topic View next topic Go down

ISNIN 24 Oktober

Post by admin on Wed Oct 26, 2011 1:37 am


Berlandaskah Alkitab
Setakat ini, dalam suratnya kepada umat di Galatia, Paulus telah
mempertahankan Injil yang disampaikannya tentang pembenaran oleh iman
dengan merujuk kepada persetujuan yang dicapai oleh para rasul ketika di
Yerusalem (Galatia 2:1–10) dan kepada pengalaman peribadi umat Galatia itu
sendiri (Galatia 3:1–5). Bermula dalam Galatia 3:6, Paulus kini merujuk kepada
kesaksian Kitab Suci sebagai pengesahan muktamad kepada Injil yang
disampaikannya. Malah, Galatia 3:6–4:31 terdiri daripada beberapa perbahasan
berterusan yang berlandas dalam Kitab Suci.
Apakah yang dimaksudkan oleh Paulus apabila dia menulis mengenai “Kitab
Suci” dalam Galatia 3:6–8? Perhatikan juga Roma 1:2, 4:3, 9:17.
____________________________________________________________
Adalah penting untuk mengingati bahawa pada masa Paulus menulis
suratnya kepada umat di Galatia belum lagi ada kitab “Perjanjian Baru.” Paulus
adalah penulis kitab Perjanjian Baru yang paling awal. Kitab Injil Markus
mungkin merupakan kitab terawal di antara empat kitab Injil tetapi kemungkinan
ia belum ditulis lagi ketika Paulus meninggal dunia (A.D. 65)—iaitu, kira-kira
lima belas tahun selepas surat Paulus kepada umat di Galatia. Oleh sebab itu,
ketika Paulus merujuk kepada Kitab Suci, dalam mindanya hanyalah Perjanjian
Lama.
Kitab Suci Perjanjian lama memainkan peranan penting dalam ajaran-ajaran
Paulus. Dia tidak menganggapnya sebagai ayat yang sudah lapuk tetapi sebagai
Firman hidup yang berkekuasaan daripada Tuhan. Dalam 2 Timotius 3:16 dia
menulis sebagai berikut, “Segala tulisan yang diilhamkan Tuhan memang
bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki
kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran.” Perkataan yang
diterjemahkan kepada “diilhamkan” ialah theopneustos. Bahagian pertama dalam
istilah ini (theo) bererti “Tuhan,” bahagian keduanya pula bererti “nafas.” Kitab
Suci adalah “Nafas Tuhan” (Tuhan hembuskan). Paulus menggunakan Kitab
Suci untuk menunjukkan bahawa Yesus adalah Mesias yang telah dijanjikan
(Roma 1:2), untuk mengajar cara hidup sebagai Kristian (Roma 13:8–10) dan untuk
membuktikan kesahihan ajaran-ajarannya (Galatia 3:8, 9).
Adalah sukar untuk mempastikan berapa ratus kali Paulus telah memetik
dari Perjanjian Lama, tetapi petikan-petikan itu terdapat di semua suratnya
kecuali surat yang terpendek, iaitu, Titus dan Filemon.
Sila baca Galatia 3:6–14 dengan teliti. Sila kenalpasti ayat-ayat yang dipetiknya
dari Kitab Perjanjian lama dalam petikan ini. Apakah yang hal ini beritahu
kepada kita tentang kekuasaan pada Kitab Perjanjian Lama?
____________________________________________________________
Adakah kadangkala anda dapati diri anda memikir-mikirkan bahawa
sebahagian lain daripada Alkitab lebih diilhamkan daripada bahagian yang
lain? Merujuk kepada kenyataan Paulus 2 Timotius 3:16, apakah bahaya yang
terdapat dalam pemikiran seperti ini?

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum