Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
KHAMIS 1 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
KHAMIS 1 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
KHAMIS 1 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
KHAMIS 1 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
KHAMIS 1 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
KHAMIS 1 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
KHAMIS 1 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
KHAMIS 1 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
KHAMIS 1 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


KHAMIS 1 Disember

Go down

KHAMIS 1 Disember Empty KHAMIS 1 Disember

Post by admin Fri Dec 02, 2011 3:27 am


Ismael and Ishak Hari Ini


Huraian ringkas yang diberikan Paulus tentang sejarah Israel dirangka
untuk menangani pandangan yang dibuat oleh para penentangnya yang
menyatakan bahawa mereka adalah keturunan Abraham sebenar dan bahawa
Yerusalem—pusat Kekristianan Yahudi dan hukum Taurat—adalah ibu mereka.
Sementara mereka menganggap semua bangsa lain sebagai tidak sah; apabila
mereka benar-benar ingin menjadi pengikut Kristus, terlebih dahulu mereka
harus menjadi anak Abraham dengan patuh kepada hukum sunat.
Menurut Paulus, kebenaran sejati adalah sebaliknya. Kumpulan legalis ini
bukanlah anak-anak Abraham tetapi anak yang tidak sah seperti Ismael. Dengan
meletakkan iman mereka pada hukum sunat, mereka bersandar pada “keinginan
daging,” sebagaimana yang Sarai lakukan dengan Hagar dan sama seperti yang
bangsa Israel lakukan terhadap hukum Tuhan di Sinai. Namun umat percaya dari
bangsa lain adalah anak-anak Abraham bukan dari keturunan semula jadi melalui
kuasa luarbiasa seperti Ishak. “Seperti Ishak mereka adalah kegenapan janji yang
telah dibuat kepada Abraham . . . ; seperti Ishak, kebebasan yang mereka perolehi
adalah hasil dari kasih kurnia Ilahi; seperti Ishak, mereka tergolong dalam bahagian
perjanjian itu.”—James D. G. Dunn, The Epistle to the Galatians (London:
Hendrickson Publishers, 1993), ms. 256.
Apakah yang akan dihadapi oleh keturunan sejati Abraham di dunia ini?
Galatia 4:28-31; Kejadian 21:8-12.
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Sebagai anak yang dijanjikan bukan hanya membawa berkat melainkan
perlawanan dan penganiayaan dalam kehidupan Ishak. Dalam merujuk kepada
penganiayaan, Paulus teringat kepada upacara dalam Kejadian 21:8-10, di mana
Ishak diberikan penghormatan dan Ismael kelihatan seolah-olah mempersendakan
dia. Perkataan Ibrani dalam Kejadian 21:9 secara harfiah bererti “ketawa,” tetapi
reaksi Sarai menunjukkan bahawa Ismael telah mengolok-olok atau menghina
Ishak. Sementara tingkah laku Ismael tidak terlalu penting bagi kita sekarang, hal
itu menunjukkan sikap permusuhan lebih dalam yang terlibat dalam satu situasi
apabila kesulungan seseorang terancam. Ramai para pemerintah pada zaman dulu
telah cuba mempertahankan kedudukan mereka dengan menghapuskan mereka
kemungkinan pesaing, termasuk saudara kandung (Hakim 9:1-6). Walaupun Ishak
berhadapan dengan tentangan, dia juga menikmati segala hak untuk mendapatkan
kasih sayang, perlindungandan kebaikan kerana dialah yang menjadi waris
bapanya.
Sebagai keturunan Ishak secara rohani, kita tidak perlu hairan apabila kita
menderita kesukaran dan tentangan, sekalipun dari dalam gereja itu sendiri.
Dalam cara apakah anda telah menderita aniaya kerana iman, khususnya dari
mereka yang paling rapat dengan anda? Atau tanyakan soalan berikut kepada
diri anda sendiri: adakah anda pernah bersalah oleh kerana menganiaya orang
lain atas iman mereka? Fikirkanlah hal itu.
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum