Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
AHAD 2 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
AHAD 2 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
AHAD 2 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
AHAD 2 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
AHAD 2 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
AHAD 2 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
AHAD 2 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
AHAD 2 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
AHAD 2 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


AHAD 2 Oktober

Go down

AHAD 2 Oktober Empty AHAD 2 Oktober

Post by admin Tue Oct 04, 2011 10:41 am



Paulus, Penulis Warkah

Sila baca 2 Petrus 3:15, 16. Apakah yang ayat-ayat ini beritahu kepada kita
mengenai cara gereja yang awal memandang kepada tulisan Paulus? Apakah
yang hal ini katakan kepada kita mengenai cara inspirasi bekerja?
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Apabila Paulus menulis kepada umat di Galatia, dia bukan cuba melahirkan
karya penulisan yang agung. Sebaliknya, di bawah pimpinan Roh Kudus, Paulus
sedang menangani keadaan khusus yang melibatkan dirinya dengan umat
percaya di Galatia.
Surat tulisan seperti Galatia telah memainkan peranan penting dalam
pelayanan kerasulan yang dilakukan oleh Paulus. Sebagai penginjil kepada dunia
bangsa lain, Paulus telah menubuhkan beberapa gereja yang tersebar di sekitar
Mediterranean. Walaupun dia telah melawati gereja-gereja ini setiap kali dia
ada peluang, namun dia tidak boleh tinggal lama di satu tempat. Sebagai ganti
dalam ketiadaannya, Paulus telah menulis surat kepada beberapa gereja agar
dapat memberikan panduan kepada mereka. Setelah sekian lamanya, salinan
kepada surat Paulus itu dikongsikan bersama oleh gereja yang lain (Kolose 4:16).
Walaupun beberapa di antara surat Paulus itu telah hilang, tetapi sekurangkurangnya
tiga belas kitab dalam Perjanjian Baru memiliki namanya sebagai
penulis. Sebagaimana dinyatakan dalam kata-kata Petrus di atas, juga, pada suatu
ketika tulisan Paulus itu dianggap sebagai Kitab Suci . Hal ini menunjukkan
sejauhmana autoriti pelayanannya mendapat pentauliahan dalam sejarah awal
gereja.
Pada suatu ketika sesetengah umat Kristian percaya bahawa format
penulisan Paulus adalah unik – satu format istimewa yang dicipta oleh Roh Kudus
agar dapat mengandungi Firman Tuhan yang diilhamkan. Pandangan ini berubah
apabila dua pakar Alkitab dari Oxford, iaitu Bernard Grenfell dan Arthur Hunt,
telah menemukan di Mesir lebih kurang 500,000 serpihan papyri (dokumen yang
ditulis atas bahan kertas yang diperbuat daripada papyrus, sejenis bahan kertas
tulisan yang digunakan beberapa ratus tahun sebelum dan selepas Kristus). Selain
daripada menemukan salinan terawal kitab Perjanjian Baru, mereka juga
menemui invois, borang cukai pendapatan, resit dan surat peribadi.
Apa yang menghairankan setiap orang ialah, format asas surat Paulus
sebenarnya merupakan suatu format biasa bagi semua penulis surat pada
zamannya. Format itu termasuklah (1) ucapan pembukaan yang menyebut nama
pengirim dan penerima dan termasuklah memberi salam; (2) ucapan kesyukuran;
(3) kandungan utama dalam surat berkenaan; dan akhirnya (4) kata-kata penutup.
Pendek kata, Paulus sedang mengikuti format asas yang digunakan pada
zamannya dengan berbicara kepada rakan sezamannya melalui bahan dan cara
yang mereka sudah biasa.
Jika Alkitab itu ditulis pada hari ini, apakah jenis perantaraan, format
dan stail yang anda fikir Tuhan akan gunakan untuk menjangkau kita sekarang
ini?
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum