Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
AHAD 27 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
AHAD 27 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
AHAD 27 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
AHAD 27 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
AHAD 27 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
AHAD 27 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
AHAD 27 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
AHAD 27 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
AHAD 27 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


AHAD 27 November

Go down

AHAD 27 November Empty AHAD 27 November

Post by admin Fri Dec 02, 2011 3:15 am


Dasar Perjanjian

Ramai orang yang menganggap tafsiran Paulus terhadap sejarah bangsa
Israel
dalam Galatia 4:21-31 sebagai bahagian ayat yang paling sukar dalam
suratnya. Hal itu adalah disebabkan perbahasannya yang sangat kompleks dan
memerlukan pemahaman yang luas tentang tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa
dalam Perjanjian Lama. Langkah pertama untuk memahami ayat-ayat ini adalah
dengan memiliki pengertian dasar tentang konsep Perjanjian Lama yang menjadi
pusat kepada perbahasan Paulus: iaitu konsep perjanjian itu.
Istilah Ibrani yang diterjemahkan kepada “perjanjian” adalah berit. Perkataan
ini muncul hampir 300 kali dalam Perjanjian Lama dan merujuk kepada suatu
ikatan kontrak, persetujuan, perjanjian. Selang beribu tahun lamanya, perjanjian
memainkan peranan utama dalam menetapkan hubungan di antara sesama
manusia dan bangsa-bangsa di seluruh wilayah Timur Tengah pada saat itu.
Perjanjian itu seringkali melibatkan upacara penyembelihan haiwan sebagai
sebahagian daripada proses membuat (secara harfiah “melaksanakan”) satu
perjanjian. Pengorbanan beberapa haiwan tersebut melambangkan apa yang akan
terjadi pada pihak yang gagal memelihara janji dan kewajibannya dalam
perjanjian itu.
“Sejak Adam sampai kepada Yesus, Tuhan menangani hal umat manusia
melalui pelbagai siri perjanjian yang tertumpu kepada kedatangan Penebus yang
mencapai puncaknya pada perjanjian Anak Daud (Kejadian 12:2, 3; 2 Samuel
7:12-17; Yesaya 11). Kepada bangsa Israel semasa dalam tawanan di Babilon
Tuhan memberikan satu ‘perjanjian baru’ yag lebih efektif (Yeremia 31:31-34)
sehubungan dengan kedatangan Mesias Anak Daud (Yehezkiel 36:26-28; 37:22-
28).”—Hans K. LaRondelle, Our Creator Redeemer (Berrien Springs, Mich.: Andrews
University Press, 2005), ms. 4.
Apakah yang menjadi asas kepada perjanjian asal Tuhan dengan Adam di
Taman Eden sebelum berdosa? Kejadian 1:28; 2:2, 3, 15–17.
Sementara pernikahan, pekerjaandan hari Sabat adalah sebahagian daripada
perjanjian penciptaan, titik beratnya ialah pada perintah Tuhan untuk tidak
memakan buah larangan. Sifat dasar perjanjian itu adalah “menurut dan hidup!”
Dengan sifat alami yang diciptakan seharmoni dengan Tuhan, Tuhan tidak
meminta suatu hal yang mustahil. Sebelum berdosa, penurutan merupakan
kecenderungan alamiah manusia; namun, Adam dan Hawa memilih melakukan
sesuatu yang tidak alamiah dan dengan tindakan itu, mereka bukan sahaja
mengingkari perjanjian penciptaan, malah mereka membuatnya menjadi mustahil
bagi manusia yang sekarang sudah dicemari oleh dosa. Tuhan harus memulihkan
hubungan yang hilang akibat pelanggaran Adam dan Hawa. Dia melakukannya
dengan melaksanakan serta merta perjanjian kasih kurnia yang berdasarkan pada
janji kekal tentang seorang Juruselamat (Kejadian 3:15).
Sila baca Kejadian 3:15, janji pertama mengenai Injil dalam Alkitab. Di manakah
dalam ayat itu anda dapat melihat suatu hal yang menunjukkan kepada
pengharapan yang kita miliki dalam Kristus?
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum