Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


AHAD 6 November

View previous topic View next topic Go down

AHAD 6 November

Post by admin on Sun Nov 13, 2011 8:14 am


Hukum dan Janji

“Kalau demikian, bertentangankah hukum Taurat dengan janji-janji Tuhan?”
(Galatia 3:21).
Menyedari bahawa komennya akan menyebabkan para penentangnya
mengambil kesimpulan bahawa dia telah meremehkan hukum Taurat atau
ulasannya tentang keutamaan janji Tuhan bagaikan tabir yang menutupi Musa
dan hukum Taurat, Paulus menanyakan pertanyaan yang sedang mereka
fikirkan: “Apakah engkau mengatakan bahawa hukum Taurat bercanggah
dengan janji Tuhan?” Pertanyaan ini dijawab Paulus dengan tegas, “Tidak!” Hal
yang demikian tidaklah mungkin, sebab Tuhan tidak bercanggah dengan diriNya.
Tuhan memberikan janji dan juga hukum. Hukum itu tidak bercanggah dengan
janji. Kedua-duanya sekadar memiliki peranan dan fungsi yang berbeza dalam
seluruh rencana keselamatan Tuhan.
Apakah konsep salah yang ada pada para penentang Paulus tentang peranan
hukum Taurat? Bandingkan Galatia 3:21; Imamat 18:5; Ulangan 6:24.
____________________________________________________________
Mereka yakin bahawa hukum Taurat dapat memberi kehidupan rohani kepada
mereka. Pandangan ini mungkin timbul dari tafsiran yang salah terhadap ayat-ayat
Perjanjian Lama seperti Imamat 18:5 dan Ulangan 6:24, di mana hukum Tauratlah
yang mengatur kehidupan mereka yang berada dalam perjanjian dengan Tuhan.
Memang benar hukum Taurat mengatur kehidupan dalam perjanjian, tetapi
kemudian mereka berkesimpulan bahawa hukum Tauratlah sumber hubungan
seseorang dengan Tuhan. Alkitab sangat jelas menyatakan bahawa kesanggupan
untuk “menghidupkan” adalah kuasa Tuhan dan RohNya sahaja (2 Raja 5:7; Nehemia
9:6; Yohanes 5:21; Roma 4:17). Hukum Taurat tidak dapat membuat seseorang hidup
secara rohani. Namun hal ini tidak bererti bahawa hukum Taurat bertentangan
dengan janji Tuhan.
Dalam usahanya untuk membuktikan ketidakupayaan hukum Taurat
dalam memberi kehidupan, Paulus menulis dalam Galatia 3:22, “Tetapi Kitab Suci
telah mengurung segala sesuatu di bawah kekuasaan dosa.” Dalam Roma 3:9-19,
Paulus memberi gambaran yang merupakan intisari kepada ayat-ayat dalam
Perjanjian Lama untuk menunjukkan betapa buruknya keadaan kita. Ayat-ayat
tersebut tidak dikait bersama dalam cara yang tidak teratur. Dia bermula dengan
inti masalah dosa—sikap mementingkan diri yang mencemari hati manusia—lalu
beralih pada ayat-ayat yang menggambarkan penyerapan dosa dan akhirnya kepada
keadaan dosa secara universal.
Apakah maksudnya? Oleh karena meluarnya penyerapan dosa keterbatasan
pada hukum Taurat, janji hidup kekal dapat kita terima hanya melalui kesetiaan
Kristus bagi pihak kita.
Walaupun hukum Taurat tidak dapat menyelamatkan kita, namun apakah
faedah besar yang kita peroleh dari kesetiaan kita menuruti hukum itu? Iaitu,
apakah kebaikan amali yang pernah anda lalui dalam kehidupan anda melalui
penurutan hukum Tuhan?

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum