Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest None
Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
Top posting users this month
No user |
HAMIS 13 Oktober _Kerisauan Paulus
Page 1 of 1
HAMIS 13 Oktober _Kerisauan Paulus
Kerisauan Paulus (Galatia 2:14)
Keadaan di Antiokhia pastinya tegang: Paulus dan Petrus, dua orang
pemimpin dalam gereja, berada dalam konflik yang terbuka. Dan Paulus tidak
menahan sesuatupun apabila dia meminta Petrus mewajarkan tingkah lakunya.
Apakah alasan yang Paulus bagi dalam menegur Petrus secara terbuka?
Galatia 2:11–14.
____________________________________________________________
Sebagaimana Paulus melihatnya, masalah itu bukan kerana Petrus
memutuskan untuk makan bersama dengan para pelawat dari Yerusalem.
Kebiasan tradisi purba mengenai keramahtamahan sudah pasti menuntutnya.
Isunya ialah mengenai “kebenaran pada Injil..” Iaitu, ia bukan sekadar isu
mengenai pergaulan atau amalan-amalan cara makan. Dalam ertikata sebenar,
tindakan Petrus telah mengkrompomikan seluruh mesej dalam Injil.
Sila baca Galatia 3:28 dan Kolose 3:11. Bagaimanakah kebenaran dalam ayat
ini membantu kita memahami ketegasan dalam reaksi Paulus?
____________________________________________________________
Semasa pertemuan Paulus di Yerusalem dengan Petrus dan para rasul yang
lain, mereka telah mengambil keputusan bahawa umat dari bangsa lain boleh
menikmati semua berkat dalam Kristus tanpa terlebih dahulu menerima syarat
sunat. Tindakan Petrus kini memudaratkan persetujuan itu. Di mana suatu
ketika umat Kristian dati bangsa Yahudi dan bangsa lain boleh bergaul bersama
dalam suasana yang terbuka, kini sidang itu berbelah bagi dan hal ini membuka
kepada kemungkinan wujudnya gereja yang berbelah bagi di masa akan datang.
Dalam pandangan Paulus, tingkah laku Petrus menunjukkan bahawa umat
Kristian dari bangsa lain merupakan umat percaya kelas dua dan dia percaya
bahawa tindakan Petrus akan meletakkan tekanan kepada bangsa lain untuk
berkompromi jika mereka mahu mengalami persahabatan yang penuh. Oleh
sebab itu, Paulus berkata, “Jika engkau, seorang Yahudi, hidup secara kafir
dan bukan secara Yahudi, bagaimanakah engkau dapat memaksa saudarasaudara
yang tidak bersunat untuk hidup secara Yahudi?” (Galatia 2:14). Frasa
“hidup secara Yahudi” boleh diterjemahkan secara literal sebagai
“mengyahudikan.” Perkataan ini merupakan satu ungkapan umum yang
bermaksud “memakai gaya hidup Yahudi.” Ia digunakan ke atas bangsa lain
yang turut menghadiri acara Ibadah Yahudi dan turut serta dalam adat
kebiasaan mereka yang lain. Ia juga merupakan alasan yang para penentang
Paulus di Galatia, yang disebutnya sebagai saudara-saudara palus, sering
merujuk sebagai “orang yang mengyahudikan.”
Seolah-olah tindakan Petrus itu tidak cukup jahat, Barnabas pula
terperangkap dalam tingkah laku ini – seorang lagi yang sepatutnya lebih
mengetahui juga. Ia berupa satu contoh jelas tentang pengaruh dari “tekanan
rakan seperjuangan!” Bagaimanakah kita belajar melindungi diri kita
daripada terpedaya ke arah yang salah oleh mereka yang berada di sekeliling
kita?
Similar topics
» AHAD 20 November _ Kerinduan Paulus
» Pelajaran 9 _ Nasihat Penggembalaan Paulus
» Pelajaran 5 _ *22-28 Oktober
» AHAD 23 Oktober
» KHAMIS 6 Oktober
» Pelajaran 9 _ Nasihat Penggembalaan Paulus
» Pelajaran 5 _ *22-28 Oktober
» AHAD 23 Oktober
» KHAMIS 6 Oktober
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin
» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin
» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin
» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin
» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin
» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin
» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin
» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin
» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin