Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_ EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_ EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_ EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_ EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_ EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_ EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_ EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_ EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_ EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_

Go down

Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_ Empty Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_

Post by admin Wed Aug 10, 2011 5:19 am


Pelajaran 7
Khamis 11 Ogos
Jangan Kita Lupa!

Tiga fasal dalam kitab Mazmur yang lebih panjang iaitu Mazmur 78, 105, dan 106 merupakan nyanyian yang hebat yang seharusnya dinyanyikan atau dibacakan untuk mengingatkan Israel kepada pimpinan Tuhan di masa lalu.

Sila baca Mazmur 78:1-8. Menurut ayat ini, mengapakah Tuhan mahu umatnya mengingati sejarah mereka? Sila baca juga Ulangan 6:6-9, 1 Korintus 10:11. Bagaimanakah kita boleh mengambil prinsip yang sama ini dan menerapkannya kepada diri kita sendiri dalam konteks dan kehidupan kita dendiri yang jauh berbeza dengan mereka?


Salah satu cara Tuhan menyatakan diriNya ialah melalui sejarah. Namun setiap generasi harus mengalami Dia kembali berdasarkan kepada sejarah tersebut. Atas alasan itu, bukan sahaja muzik tetapi pengisytiharan Firman Tuhan dalam perbaktian adalah penting kepada generasi yang lama dan baru agar mereka akan sentiasa ingat kepimpinanNya di masa lalu. Mazmur 78 merupakan satu amaran bahawa sejarah harusa juga terulang, tetapi pada masa yang sama ia merupakan peringatan yang menyegarkan hati tentang pemeliharaan Tuhan terhadap umatNya yang sesat. Seakan-akan terdapat sesuatu yang mencamaskan dalam janji yang penting itu dengan memberitahu “kepada angkatan yang kemudiannya puji-pujian kepada Tuhan dan kekuatanNya dan perbuatan- parbuatan ajaib yang telah dilakukanNya” (Ayat 4). Mazmur 105: 2 memanggil kita untuk “bermazmurlah bagiNya” dan berbicara mengenai “segala perbuatanNya yang ajaib.”
Puisi paling panjang dalam Mazmur, iaitu Mazmur 119, mengandungi rangkap yang berulang, “Ajarkanlah kepadaku kebijaksanaan,” yang menunjukkan kepentingan kitab suci sebagai dasar untuk mengajar cara hidup dan kebenaran yang soleh. Paulus mengulangi pandangan ini apabila dia mengajar Timotius, seorang pengkkhutbah yang muda, “segala tulisan yang diilhamkan Tuhan memang bermanafaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk medidik orang dalam kebenaran” (2 Tim. 3:16).
Paulus menyuruh Timotius untuk memberitakan Firman Tuhan (2 Tim. 4:2). Gagal dalam memberitakan Firman Tuhan semasa kebaktian akan melemahkan kuasa Injil untuk menjangkau jiwa-jiwa, mengubah kehidupan dan memperkyakan pengalaman ibadah di kalangan umat percaya.

Berapa kalikah anda telah mengalami peristiwa yang Tuhan melakukan sesuatu perkara baik dan ajaib dalam kehidupan anda, hanya untuk pantas melupakan dan menunjukkan rasa takut serta kurang iman apabila suatu krisis baru timbul? Sama ada Ibadah berkumpulan atau kebaktian peribadi anda, bagaimanakah anda boleh belajar untuk mengekalkan dalam fikiran anda segala pimpinan tuhan dalam kehidupan anda? Mengapakah hal ini sangat penting untuk dilakukan?

admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_ Empty Re: Pelajaran 7 _Khamis 11 Ogos_

Post by admin Thu Aug 11, 2011 7:49 am

(Ulangan 6:6-9) Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan, haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. Haruslah juga engkau mengikatkannya sebagai tanda pada tanganmu dan haruslah itu menjadi lambang di dahimu, dan haruslah engkau menuliskannya pada tiang pintu rumahmu dan pada pintu gerbangmu.

Pada zaman kuno..sebelum ada percetakan (bahkan hampir semua buta huruf), sesuatu peristiwa penting akan diperturunkan kepada generasi menyusul secara verbal. Pada zaman ini semua orang boleh membaca, tambah lagi adanya buku eletronik ini. Namun begitu, peringatan secara verbal itu masih perlu kerana impaknya berbeza dengan apa yang dibaca.

Apa yang harus tidak dilupakan itu? Sudah tentu, Pencipta, penciptanNya, hukumNya, dan penebusanNya. Kita boleh mengulang-ulang hal ini melalui nyanyian .. misalnya nyanyian "Ajaib Tuhan"..
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum