Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest None
Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
Top posting users this month
No user |
Pelajaran 7 _Isnin 8 Ogos_
2 posters
Page 1 of 1
Pelajaran 7 _Isnin 8 Ogos_
Pelajaran 7
Penghakiman Dari Sanktuari
Penghakiman Dari Sanktuari
Sementara banyak di antara lag-lagu dalam Mazmur itu ditulis untuk perbaktian umun, banyak yang lain adalah berupa doa peribadi tentang kekecewaan dan penderitaan. Ratapan ini secra tipikal mengandungi keterangan mengenai masalah, rayuan penderita untuk medapat pertolongan dan berupa pengesahan dan alasan bagi penulisnya untuk percaya kepada Tuhan.
Dalam Mazmur 73, orang berdoa itu merasa marah kepada orang yang jahat menjadi makmur selesa sementara di menderita ketidakadilan.
Sila baca sungutan pemazmur dalam Mazmur 73. Apakah yang telah terjadi yang telah membawa satu perubahan dalam tingkahlakunya terhadap masalah yang dihadapinya? Apakah mesej yang kita pelajari darinya untuk diri kita sendiri sebagai umat advent, dengan pemahaman kita kepada pelayanan Kristus dalam snktuari di syurga dan kebenaran mengenai Tuhan serta rencana keselamatan dinyatakan melalui pelayanan ini? Sila lihat Daniel 7:9,10,13,14,25,26.
Penghukuman yang dinyatakan dalam mazmur, sebagaimana halnya dalam alkitab secara keseluruhan merupakan satu pedang bermata dua: hukuman yang sesuai ke atas orang jahat dan perlindungan ke atas mereka yang ditindas dan yang rendah diri. (mazmur 7:9, 10, 9:7-12; 75:2, 94:1-3, 20-22; 98:9). Dalam Mazmur 68:24, orang jahat digambarkan sebagai menyaksikan Tuhan memasuki sanktuari dalam satu perarakan yang megah. Takhta Tuhan, yang melambangkan keadilan dan pendamaian, digambarkan dalam peti perjanjian dallam sanktuari di Tempat Yang Maha Kudus. Oleh yang demikian, sanktuari, tempat ibadah itu menjadi tempat perlindungan kepada mereka yang menderita.
Kita juga melihat di sini tema penghukuman yang digemakan dalam perkhabaran malaikat pertama.” Dan ia berseru dengan suara nyaring: Takutlah akan Tuhan dan muliakanlah Dia kerana telah tiba saat penghakiman-Nya,..” (Wah 14:7) Salah satu perkara mengenai Tuhan, apa yang membuat Dia sangat layak menerima Ibadah kita ialah, kita sememangnya percaya bahawa pada akhirnya nanti, bukan sahaja penghakiman akan datang tetapi ia merupakan satu penghakiman yang adil dan benar. Sekali-kali tidak sama dengan keadilan yang dikeluarkan oleh mahkamah manusia yang terbaik sekalipun di mana boleh berlaku kesilapan dan tidak sempurna. Sejak dari kematian Habel, yang darahnya berseru dari dalam tanah (Kej.4:10), sehinggalah hari ini dan hingga ke hari terakhir sejarah manusia yang berdosa, jenayah, ketidakadilan dan keberkurangan dunia ini sememangnya merayu menuntut keadilan. Berita baiknya ialah kita boleh percaya bahawa, dalam waktu dan caraNya, Tuhan akan memperbetulkan segala jalan, betapapun sukar bagi kita untuk melihat dan memahaminya sekaran (Sila lihat Kor. 4:5).
Adakah anda pernah menyaksikan ketidakadilan berlaku? Adakah anda pernah menjadi mangsa kepada ketidakadilan? Apakah di antara cara yang anda boleh belajar untuk percaya kepada Tuhan, percaya kepada janji akan adanya keadilan akhir dan sempurna yang sangat berkurangan dalam dunia hari ini?
Last edited by admin on Mon Aug 08, 2011 3:49 am; edited 2 times in total
Re: Pelajaran 7 _Isnin 8 Ogos_
Mazmur 73 menunjukkan bagaimana kita cemburu dengan kemakmuran mereka yang jahat atau tidak mengasihi Tuhan. Ia membuat kita berfikir bahawa rezeki adalah buta, dan bukan anugerah Tuhan terhadap mereka yang mengenal Dia.
Mazmur 73 juga menunjukkan kemakmuran orang-orang yang zalim itu pendek dan tidak menentu. Malahan pasti berakhir dengan kemusnahan dan kesengsaraan. Disebaliknya, kesusahan yang menimpa orang yang melayani Tuhan akan diakhiri dengan keamanan (peace) dan kegembiraan yang kekal.
Mazmur 73 juga menunjukkan kemakmuran orang-orang yang zalim itu pendek dan tidak menentu. Malahan pasti berakhir dengan kemusnahan dan kesengsaraan. Disebaliknya, kesusahan yang menimpa orang yang melayani Tuhan akan diakhiri dengan keamanan (peace) dan kegembiraan yang kekal.
olumisti- Posts : 29
Join date : 03/08/2011
Re: Pelajaran 7 _Isnin 8 Ogos_
Penghakiman di sanktuari lebih merupakan penghakiman pengampunan, bukannya penghakiman penghukuman. Namun begitu, kita perlu lihat antonimnya juga. Jika ada pengampunan, sudah tentu ada penghukuman juga.
Seperti pemazmur (mazmur 73), kita juga sering merasa ketidakadilan di dunia ini. Tetapi janganlah kita tumpukan sangat pikiran kita terhadap ketidakadilan di dunia ini, baik ketidakadilan dalam politik, layanan yang pilih bulu, yg kaya tambah kaya.. manakala miskin tambah terhimpit, ini cuma bersifat sementara. Kita pikirkan penghakiman di sanktuari, di mana pengampunan melalui korban Yesus itu..telah (akan) membawa kita kembali ke posisi asal kita "Taman Eden", di mana tiada lagi ketidakadilan..semuanya sempurna..
Similar topics
» Pelajaran 8 _Khamis 18 Ogos
» Pelajaran 9 _Ahad 21 Ogos
» Pelajaran 8 _Isnin 15 Ogos
» Pelajaran 10 _ Isnin 29 Ogos_
» ISNIN 3 Oktober
» Pelajaran 9 _Ahad 21 Ogos
» Pelajaran 8 _Isnin 15 Ogos
» Pelajaran 10 _ Isnin 29 Ogos_
» ISNIN 3 Oktober
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin
» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin
» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin
» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin
» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin
» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin
» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin
» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin
» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin