Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
AHAD 4 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
AHAD 4 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
AHAD 4 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
AHAD 4 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
AHAD 4 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
AHAD 4 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
AHAD 4 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
AHAD 4 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
AHAD 4 Disember EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


AHAD 4 Disember

Go down

AHAD 4 Disember Empty AHAD 4 Disember

Post by admin Fri Dec 02, 2011 3:31 am


Kristus Telah Membebaskan Kita

“Supaya kita sungguh-sungguh merdeka, Kristus telah memerdekakan kita. Karena
itu berdirilah teguh dan jangan mau lagi dikenakan kuk perhambaan. “ (Galatia 5: 1).
Seperti ketua tentera yang memberikan arahan kepada pasukannya yang tidak
mempunyai pendirian, Paulus mencabar orang-orang Galatia untuk tidak menyerah
kalah kebebasan mereka dalam Kristus. Kata-kata yang tegas dan mencabar yang keluar
dari mulut Paulus hampir melompat keluar daripada halaman buku kepada perbuatan.
Dan yang sebenarnya, ini adalah tujuan sebenar yang Paulus inginkan. Walaupun ayat
ini mempunyai kesinambungan dalam tema yang selepas dan seterusnya, namun
kekasaran dan kekurangan kaitan secara sintaksis dalam Yunani menunjukkan bahawa
Paulus inginkan ayat ini menonjol seperti papan iklan yang besar. Kebebasan dalam
Kristus merangkumi semua hujahnya dan orang-orang Galatia di ambang bahaya untuk
melepaskan semuanya itu.
Sila baca Galatia 1: 3, 4; 2: 16; dan 3: 13. Apakah antara beberapa kiasan yang
digunakan dalam ayat-ayat tersebut dan bagaimanakah itu dapat membantu
kita untuk memahami perkara yang Kristus telah lakukan untuk kita?
____________________________________________________________
Perkataan Paulus “Supaya kita sungguh-sungguh merdeka, Kristus telah
memerdekakan kita” (Galatia 5: 1), mencadangkan bahawa dia mempunyai satu lagi
metafora dalam fikirannya. Cara penulisan dalam ayat ini menggunakanformula yang
sama dengan acara pembebasan yang suci (manumission) kepada seorang hamba.
Disebabkan seorang hamba tidak mempunyai hak kebebasan, adalah dibolehkan
bahawa satu kuasa yang luar biasa (tuhan) boleh membeli kebebasan bagi pihak mereka
dan sebagai balasan, walaupun mereka sudah bebas daripada perhambaaan, mereka
dimiliki oleh tuhan yang memberikan mereka kebebasan. Tetapi, dalam budaya yang
sebenar proses tersebut adalah dongeng semata-mata; hamba itu sendiri yang membayar
kepada bendahari dalam sanktuari untuk kebebasan mereka. Sebagai contoh, cuba
fikirkan formula penulisan tersebut digunakan dalam satu daripada seribu coretan
yang boleh didapati di dalam kuil untuk Pythian Appolo di Delhi, yang bertarikh dari
201 S.M. kepada 100 T.M.: “‘Untuk kebebasan, Apollo Pythian membeli daripada Sosibus
dari Amphissa seorang hamba perempuan yang bernama Nicaea . . . Oleh sebab itu,
dengan pembelian Nicaea diberikan kepada Apollo untuk kebebasan. ’”—Ben
Witherington III, Grace In Galatia (Grand Rapids, Mich. : William B. Eerdmans Publishing
Company, 1998), m. s. 340.
Formula penulisan ini ada persamaan asas dengan cara penulisan Paulus, tetapi
dasar yang berbeza. Dalam metafora Paulus tidak ada dongeng yang terlibat. Kita tidak
menyediakan pembayaran (1 Kor 6: 20, 7: 23). Harga tersebut sangat tinggi bagi kita.
Kita tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menyelamatkan diri kita, tetapi Yesus
datang dan melakukan untuk kita perkara yang kita tidak boleh lakukan (sekurangkurangnya
tanpa kehilangan nyawa kita). Dia membayar semua hukuman untuk dosa
kita, dengan demikian membebaskan kita daripada kematian yang kekal.
Lihat kepada kehidupan diri anda sendiri. Pernahkah anda berfikir bahawa anda
boleh menyelamatkan diri anda? Apakah yang jawapan anda katakan mengenai
rasa bersyukur terhadap perkara yang kita miliki dalam Yesus?
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum