Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
AHAD 23 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
AHAD 23 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
AHAD 23 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
AHAD 23 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
AHAD 23 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
AHAD 23 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
AHAD 23 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
AHAD 23 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
AHAD 23 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


AHAD 23 Oktober

Go down

AHAD 23 Oktober Empty AHAD 23 Oktober

Post by admin Wed Oct 26, 2011 1:34 am


Orang Galatia Yang Bodoh


Sila baca Galatia 3:1–5. Ringkaskan pada garis di bawah apa yang Paulus katakan
kepada mereka. Dalam pengertian apakah kita boleh berada dalam bahaya
terjatuh dalam perangkap rohani yang sama, iaitu dalam bermula dengan cara
yang betul lalu terperangkap dalam legalisme?
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Beberapa terjemahan Bahasa Inggeris moden telah cuba memahami maksud
kata-kata Paulus dalam ayat 1 mengenai orang-orang Galatia yang “bodoh.” Kata
sebenar yang Paulus gunakan dalam bahasa Yunani adalah lebih kasar daripada
itu. Istilahnya ialah anoetoi dan ia berasal daripada perkataan minda (nous) yang
secara literal bererti “tidak berfikiran.” Orang-orang Galatia tidak menggunakan
fikiran. Paulus tidak berhenti di situ; dia berkata bahawa oleh kerana mereka
bertindak secara bodoh, dia tertanya-tanya sama ada beberapa ahli sihir telah
melepaskan jampi ke atas mereka. “Siapakah yang telah mempesona kamu?” Cara
dia menggunakan kata-kata di sini mungkin menunjukkan bahawa sumber
muktamad kepada keadaan mereka ialah Iblis (2 Korintus 4:4).
Apa yang sangat mengelirukan Paulus mengenai kemurtadan orang-orang
Galatia terhadap Injil ialah mereka mengetahui keselamatan itu berakar kepada
Salib Kristus. Ia bukan suatu perkara yang mereka terlimpas pandang. Istilah yang
diterjemahkan sebagai “digambarkan” atau “dilukiskan” dalam Galatia 3:1 secara
literal bermakna “ditampalkan.” Ia digunakan untuk menerangkan semua bentuk
pemberitahuan umum. Paulus berkata bahawa Salib itu merupakan bahagian
penting dalam khutbahnya dan sepatutnya orang-orang Galatia sudah melihat
Yesus yang disalibkan dalam mata minda mereka (1 Korintus 1:23, 2:2). Dalam
ertikata sebenar, dia berkata bahawa melalui tindak-tanduk mereka, mereka sedang
berpaling daripada Salib.
Kemudian Paulus membuat perbandingan di antara pengalaman orang Galatia
sekarang dengan cara pertama kali mereka memiliki iman dalam Kristus. Dia
lakukan ini dengan bertanya kepada mereka beberapa soalan berbentuk retorik.
Bagaimanakah mereka menerima Roh, yang bermaksud bagaimanakah mereka
mula-mula menjadi umat Kristian? Dari sudut perspektif yang sedikit berbeza,
Mengapakah Tuhan memberikan Roh itu? Adakah oleh kerana mereka telah
melakukan sesuayu yang melayakkan mereka menerimaNya? Tentu sekali tidak!
Sebaliknya, ia dalah kerana mereka telah percaya kepada berita baik tentang apa
yang Kristus telah lakukan terlebih dahulu untuk mereka. Setelah bermula dengan
cara yang baik, apakah yang seharusnya membuat mereka memikirkan bahawa
kini mereka harus bergantung kepada perbuatan mereka sendiri?
Berapa kalikah, jika ada, anda dapati diri anda memikirkan bahawa, Saya
sudah cukup baik. Saya seorang Kristian yang teguh, saya tidak melakukan ini
dan itu … lalu, secara halus, anda memikirkan bahawa pada suatu tahap anda
sudah cukup baik untuk di selamatkan? Apakah yang salah dalam gambaran
seperti ini?
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum