Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
AHAD 30 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
AHAD 30 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
AHAD 30 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
AHAD 30 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
AHAD 30 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
AHAD 30 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
AHAD 30 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
AHAD 30 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
AHAD 30 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


AHAD 30 Oktober

Go down

AHAD 30 Oktober Empty AHAD 30 Oktober

Post by admin Sun Nov 13, 2011 7:52 am


Hukum dan Iman (Galatia 3:15–18)

Walaupun orang yang menetangnya bersetuju bahawa kehidupan
Abraham diwarnai secara khusus oleh iman, namun Paulus mengetahui
bahawa mereka masih mempunyai persoalan tentang mengapa Tuhan
telah memberikan hukum itu kepada Israel lebih kurang empat abad
selepas Abraham. Bukankah pemberian hukum itu telah membatal
sebarang perjanjian yang dibuat sebelumnya?
Apakah yang dimaksudkan dengan kiasan Paulus di antara wasiat dan
permintaan terakhir seseorang dengan perjanjian Tuhan dengan
Abraham? Galatia 3:15–18.
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Perjanjian dan wasiat secara umumnya adalah berlainan. Perjanjian
secara tipikla merupakan satu persetujuan di antara dua orang atau lebih
yang sering disebut sebagai “kontrak” atau “perjanjian”; berbeza dengan
hal itu, wasiat merupakan satu deklarasi yang dibuat oleh satu orang.
Terjemahan Yunani terhadapPerjanjian Lama, yang dipanggil
Septuagint, tidak pernah menterjemah perjanjian Tuhan dan Abraham
dengan istilah Yunani yang digunakan untuk satu perjanjian persetujuan
atau kontrak (syntheke). Sebaliknya, ia menggunakan istilah wasiat
(diatheke). Mengapa? Mungkin kerana para penterjemah menyedari
bahawa perjanjian Tuhan dengan Abraham bukan suatu persetujuan di
antara dua individu, di mana terdapat janji-janji yang telah dipersetujui
bersama. Sebaliknya, perjanjian Tuhan berdasarkan kepada hal yang
bukan lain selain daripada kehendakNya sendiri. Tidak terdapat syarat
seperti “jikadan atau tetapi” yang dikepilkan bersama. Abraham hanya
sekadar menerima Firman Tuhan itu sebagaimana yang diberikan
kepadanya.
Paulus mengambil maksud berkembar ini tentang “wasiat” dan
“perjanjian” agar dapat menerangkan ciri-ciri khusus dalam perjanjian
Tuhan dengan Abraham. Sebagaimana halnya dengan wasiat buatan
manusia, janji Tuhan adalah berkaitan dengan seorang penerima
tertentu, iaitu Abraham dan keturunannya (Kejadian 12:1–5, Galatia
3:16); ia juga melibatkan pusaka warisan (Kejadian 13:15, 17:8, Roma
4:13, Galatia 3:29). Paling penting bagi Paulus ialah sifat tidak berubah
pada jani Tuhan. Dalam cara sama wasita seseorang tidak boleh diubah
selepas ia dikuatkuasakan, maka demikian juga pemberian hukum
melalui Musa tidak akan membatal perjanjian Tuhan yang awal dengan
Abraham. Wasiat Tuhan merupakan satu janji (Galatia 3:16)dan tiada
jalan bagi Tuhan untuk menjadi pemungkir janji (Yesaya 46:11, Ibrani
6:18).
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum