Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
JUMAAT 28 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
JUMAAT 28 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
JUMAAT 28 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
JUMAAT 28 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
JUMAAT 28 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
JUMAAT 28 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
JUMAAT 28 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
JUMAAT 28 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
JUMAAT 28 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


JUMAAT 28 Oktober

Go down

JUMAAT 28 Oktober Empty JUMAAT 28 Oktober

Post by admin Sun Nov 13, 2011 7:41 am


Kajian Tambahan:
“Pada Kristus sebagai pengganti dan jaminan kita maka
diletakkanlah segala dosa kita. Dia telah dikira sebagai pelanggar hukum agar
Dia dapat menebus kita daripada hukuman. Kesalahan setiap keturunan Adam
sedang menekan hatinya. Murka Tuhan terhadap dosa, pernyataan dahsyat
ketidaksenanganNya kerana dosa manusia memenuhi jiwa AnakNya. Selama
hidupNya Kristus telah memberitakan kepada dunia berdosa berita baik
mengenai belas kasihan Bapa dan kasih pengampunanNya. Keselamatan bagi
pelaku dosa uatama merupakan temaNya. Sekarang dengan kehebatan beban
kesalahan dosa yang dipikulNya, Dia tidak dapat melihat muka Bapa yang
memulihkan. Ketiadaan muka Ilahi dari pandangan Juruselamat dalam saat
penderitaan paling dahsyat ini telah menusuki hatiNya dengan satu kesedihan
yang tidak akan pernah difahami sepenuhnya oleh umat manusia. Begitu
dhasyatnya penderitaan itu sehingga kesakitan fizikalNya hampir tidak dapat
dirasai.
“Syaitan dengan pencubaannya yang bengis telah memulas hati Yesus.
Juruselamat tidak dapat melihat menembusi penutup makam. Dia tidak dapat
melihat suatu pengharapan bagiNya untuk keluar dari kubur sebagai seorang
pemenang atau suatu makluman kepadaNya tentang penerimaan Bapa
terhadap korban persembahan itu. Dia takut bahawa dosa sangat keji kepada
Tuhan sehingga Dia merasa perpisahan itu adalah kekal. Kristus merasai
kekecewaan yang orang berdosa akan rasakan apabila belas kasihan tidak lagi
boleh diperolehi olah bangsa yang berdosa. Adalah kesedaran terhadap dosa
yang membawa murka Bapa ke atasNya sebagai pengganti manusia telah
membuat cawan yang diminumNya itu terlalu pahit serta menghancurkan hati
Anak Tuhan.”—Ellen G. White, The Desire of Ages, ms. 753.

Soalan Perbincangan:
1. Malah sehingga hari ini dalam gereja kita sendiri, sesetengah umat masih
mendapatinya sukar untuk menerima keselamatan melalui iman sahaja, bahawa
kasih kurnia Tuhan melalui Kristus menyelamatkan kita dan bukan perbuatan
kita. Apakah di sebalik sifat teragak-agak oleh seseteganh pihak untuk
menerima kebenaran penting ini?
2. Paulus berbicara secara tegas mengenai kesilapan teologi tentang keselamatan
melalui perbuatan. Apakah yang hal ini beritahukan kepada kita tentang
pentingnya teologi yang betul? Mengapakah kita, sebagai sebuah umat dalam
gereja, harus berdiri teguh, secara tegas jika perlu, apabila terdapat kesilapan
sedang diajarkan dalam gereja kita?
Ringkasan: Dari mula hingga akhir dalam kehidupan Kristian, dasar kepada
keselamatan kita ialah iman dalam Kristus sahaja. Adalah kerana iman Abraham
dalam janji-janji Tuhan maka dia telah dikira sebagai benar dan pemberian
kebenaran yang sama ini tersedia untuk kita hari ini yang turut sama memiliki
iman Abraham. Satu-satunya alasan mengapa kita tidak dihukum atas
kesalahan kita ialah kerana Yesus telah membayar upah bagi dosa kita dengan
mati menggantikan kita.
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum