Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Ringkasan: Tanda Binatang EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Ringkasan: Tanda Binatang EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Ringkasan: Tanda Binatang EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Ringkasan: Tanda Binatang EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Ringkasan: Tanda Binatang EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Ringkasan: Tanda Binatang EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Ringkasan: Tanda Binatang EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Ringkasan: Tanda Binatang EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Ringkasan: Tanda Binatang EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


Ringkasan: Tanda Binatang

Go down

Ringkasan: Tanda Binatang Empty Ringkasan: Tanda Binatang

Post by admin Fri Jul 29, 2011 9:58 am

Dunia telah menyaksikan berbagai nabi dan nubuatan palsu berhubung tanda binatang. Dengan pembacaan cermat kitab suci dan mengizinkan Alkitab mentafsir sendiri (2 Petrus 1:20; Yesaya 28:9-13) seseorang akan mencapai pemahaman yang betul yang jelas berbeza dari pemikiran umum. Amaran-amaran tentang tanda itu ditemui dalam Wahyu 13:16-17 dan 14:9-11. Rahsia-rahsia Tuhan difahamkan sebagai satu butir kebenaran fizikal yang dilapisi maksud-maksud rohani. Lihat karya Kota Tuhan (No. 180). Malah para malaikat sekalipun ingin melihat rahsia-rahsia ini yang telah dimeterai sehingga sekarang, iaitu hujung zaman ini (1 Petrus 1:12).

Dalam Wahyu binatang itu meletakkan satu tanda pada dahi dan tangan mereka yang menyembahnya. Begitu juga Allah yang Maha Esa meletakkan satu tanda pada dahi dan tangan umat percaya sejati yang memelihara Perayaan Roti Tidak Beragi dan Hukum (Keluaran 13:6-10; Ulangan 6:1-25). Tanda berada pada dahi melambangkan pemikiran kita dan pada tangan di mana fikiran kita menjadi perbuatan. Dengan menurut perintah-perintah serta sistem ibadah Tuhan dalam pemikiran dan perbuatan, seseorang itu menerima tanda Tuhan dan dimeteraikan dengan Roh Kudus. Ini adalah tanda rohani, bukan fizikal, yang menjadikan mereka hamba-hamba Tuhan Hidup.

Seperti cap penanda pada lembu sapi, tanda ini menandakan pemilikan dan kepunyaan oleh pemberi tanda tersebut, dan penurutan serta kesetiaan oleh orang yang mempunyai tanda atau petanda tersebut. Satu lagi tanda Tuhan adalah pemeliharaan Sabat hari Sabtu (Keluaran 31:12-17). Ianya satu tanda untuk selamanya. Ia tidak terhenti dengan kedatangan pertama Kristus, juga tidak diubahnya kepada hari matahari, hari Minggu. Hari Minggu telah sentiasa menjadi dan masih menjadi hari kebaktian bagi mereka yang menderhaka terhadap Tuhan dan perintah-perintahNya yang kekal. Walaupun Kekristianan moden menganggap hari Minggu sebagai Hari Tuhan, Yesus Kristus sendiri mengatakan bahawa dia adalah Tuan (Tuhan) hari Sabat [Matius 12:8]. Lihat karya Hari Tuhan dan Zaman Akhir (No. 192).

Islam Moden juga berbuat silap dengan memelihara Juma’ah pada hari Jumaat, mengabaikan nabi Muhammad yang mengatakan jika seseorang tidak memelihara hari Sabat maka dia adalah seekor kera! Hari Jumaat merupakan hari persediaan untuk hari Sabat Kudus. Tanda Tuhan diberikan kepada mereka yang memelihara perintah-perintah serta hari-hari rayaNya yang telah ditentukan, bukannya mereka yang memeluk amalan-amalan orang pagan dan memanggil diri mereka Kristian (Ulangan 12:29-32).

Dengan mengubah perintah-perintah serta hari-hari raya Tuhan yang ditetapkan, kedua-dua Kekristianan aliran umum dan Islam telah menyangkal meterai Tuhan (Matius 5:17-19). Orang Yahudi menggunakan penangguhan-penangguhan dalam kalendar mereka jadi mereka juga tidak memelihara perayaan-perayaan itu pada hari-hari yang betul; mereka juga berbuat salah. Pada hujung zaman ini dunia tidak akan dibenarkan dicederakan sehinggalah bilangan penuh hamba-hamba Tuhan telah dimeteraikan dengan tandaNya (Wahyu 7:2-3; Yeremia 31:33).

Dalam asal-usul manusia kita diberitahu bahawa ular itu adalah lebih cerdik atau bijak dari binatang-binatang lain (Kejadian 3:1). Ini bukanlah ular secara fizikal tetapi kerub yang berjaga, pembawa terang atau Lucifer yang menderhaka melawan Tuhan (Yehezkiel 28:12-15). Ular digunakan sebagai kiasan untuk Iblis yang bercakap dengan dan menipu Hawa, perempuan itu (2 Korintus 11:3). Binatang-binatang darat yang lain merujuk kepada makhluk-makhluk roh yang lain yang memberontak bersama Iblis. Lihat karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan Tentang Lengan-lengan Patah Firaun (No. 36) untuk butir lanjut tentang simbolisme ini.

Beberapa kali Yesus Kristus menghalau keluar iblis setan dari orang-orang (Matius 8:28-32; Markus 5:1-13). Dia telah menghantar iblis setan ini ke dalam kumpulan babi; binatang-binatang darat; mereka lari dan telah lemas dalam air. Ini melambangkan nasib para iblis. Kuasa Kristus, seperti yang dilantik kepadanya oleh Allah Bapa, akan menghancurkan pemberontakan tersebut. Para iblis akan dibuang ke dalam lubang dalam dan secara paksa menjadi makhluk-makhluk fizikal dalam kebangkitan kedua itu (Yehezkiel 31). Pada waktu inilah mereka akan melihat ganjaran dosa penderhakaan mereka itu. Mereka akan diberikan peluang untuk bertaubat, menerima Kristus sebagai juruselamat mereka dan dibaptiskan dalam air Roh Kudus dan diberikan kehidupan baru oleh Tuhan yang mengampuni dan mengasihani. Lihat karya Domba dan Anak yang Hilang (No. 199).

Dalam Daniel 7:2-7 kita perhatikan terdapat empat binatang yang keluar dari laut. Kita diberitahu dalam Daniel 7:17 bahawa binatang-binatang ini adalah empat raja yang akan bangkit di dunia. Keempat-empat binatang ini adalah sepadan dengan empat bahagian berlainan patung dalam mimpi raja Nebukadnezar dalam Daniel 2:31-35.

Peringkat terakhir sistem pemerintahan binatang ini akan dimusnahkan oleh batu dari langit, iaitu Mesias yang kembali (Kisah 4:10-12). Sistem binatang ini yang berkuasa atas seluruh dunia akan berperang dengan Kristus, namun Dia dan umat pilihan yang bersamaNya akan mengatasi dan menghancurkan tentera-tentera itu (Wahyu 17:14).

Sistem yang satu ini bermula dengan orang Babilon, melalui orang Medo-Persia, melalui Greco-Macedonia, dan akhirnya akan berakhir dengan binatang terakhir, iaitu sistem Rom. Empayar-empayar ini mempunyai sistem ibadah palsu yang berkembang pesat, mengubah kalendar (Daniel 7:25) dan meniadakan hukum-hukum Tuhan di mana mungkin. Binatang ini dikatakan mempunyai seorang perempuan sundal yang menaikinya. Dia ditandakan dengan tanda Babilon pada dahinya. Ajaran-ajarannya merupakan ajaran-ajaran agama-agama misteri Babilon, yang telah digabungkannya dengan begitu bijak sekali ke dalam jenis agamanya yang dipanggil Kekristianan. Akibat dari ini adalah kehilangan pemahaman tentang rencana keselamatan untuk umat manusia, yang hanya dapat difahami dengan memelihara hari-hari rayaNya yang telah ditetapkan.

Binatang-binatang dalam Daniel dan Wahyu adalah kerajaan-kerajaan dunia ini yang dikawal di sebalik tabir oleh makhluk-makhluk rohani di bawah kawalan Iblis, tuhan dunia ini. Malah dia telah menawarkan kerajaan-kerajaannya kepada Mesias jika dia menyembahnya. Pertempuran-pertempurang sebenar adalah secara rohani. Kuasa-kuasa rohani ini dapat mengawal pemikiran manusia yang tidak mempunyai perlindungan meterai Tuhan. Sistem pemerintahan dan ibadah binatang ini telah berdusta kepada manusia dan menjadikan mereka terpisah dari Tuhan selama kira-kira 6000 tahun.

Ketika waktu itu Yesus Kristus telah bekerja untuk membawa keluar umat pilihan dari sistem palsu ini dan mengajar mereka untuk bersedia mengambil alih planet ini apabila dia kembali untuk mendirikan kerajaan Tuhan atas dunia. Kristus yang menakluki akan memerintah semua bangsa mengikut hukum-hukum Tuhan. Pada kedatangannya dia akan mengumpulkan mereka yang ditandakan dengan tanda Tuhan dan mengalahkan binatang itu serta mereka yang mempunyai tandanya. Ianya penting untuk mengkaji karya ini sepenuhnya agar kita dapat bertanya diri kita sendiri: Adakah saya menyembah dan menurut binatang itu atau adakah saya menyembah dan menurut Allah yang Maha Esa? Kita hanya mungkin memilih satu saja; pilihannya di tangan kita.
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum