Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest None
Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
Top posting users this month
No user |
KHAMIS 24 November _ Berkata Benar
Page 1 of 1
KHAMIS 24 November _ Berkata Benar
Berkata Benar
Sila baca Galatia 4:16. Apakah maksud Paulus di sana? Dalam cara apa
kemungkinan anda sendiri telah mengalami perkara yang serupa? (Lihat juga
Yohanes 3:19; Matius 26:64, 65; Yeremia 36:17–23.)
Ungkapan “bercakap benar” sering mempunyai anggapan lain yang
negatif, terutama dalam zaman kita, apabila ia dilihat sebagai tamparan keras,
tidak berhalang, taktik tidak beri peluang kepada musuh bila menyatakan
kepada sesorang akan faktanya, tidak kira betapa ia tidak menyenangkan atau
tidak diingini.
Jika bukan kerana ulasan Paulus dalam Galatia 4:12-20 dan beberapa
komentar lainnya yang terdapat dalam surat-suratnya (lihat Galatia 6:9, 10),
seseorang dapat memberikan penilaian yang salah bahawa minat Paulus
terhadap kebenaran Injil lebih besar daripada menyatakan kasih. Tetapi, seperti
yang kita sudah lihat, walaupun Paulus memiliki perhatian supaya jemaat
Galatia mengenal “kebenaran Injil” (lihat Galatia 2:5, 14), minat itu timbul kerana
kasihnya kepada mereka. Siapakah yang secara peribadi belum pernah
mengalami betapa sakitnya saat harus menghukum seseorang atau dengan kata
lain membicarakan kebenaran kepada mereka—apa pun alasannya—namun
mereka tidak menerima? Kita melakukan hal itu kerana kita prihatin kepada
merekadan bukan untuk menyakiti mereka, meskipun seringkali perkataan
kita menimbulkan perasaan sakit hati dan malah kemarahan atau kedendaman.
Kita tetap melakukannya, kerana kita mengetahui bahawa kebenaran itu perlu
didengar oleh orang tersebut walaupun dia mungkin menolaknya.
Dalam Galatia 4:17-20, apakah yang Paulus katakan mengenai para
penentangnya? Apakah lagi yang dia tegur, selain teologi mereka?
Sangat berbeza dengan sikap terus terang dari Injil Paulus, yang
menyebabkan dia harus menanggung kemarahan umat di Galatia, para
penentangnya seringkali berperkara di pengadilan atas nama jemaat Galatia,
bukan kerana dorongan kasih terhadap jemaat Galatia melainkan berasal dari
motif mementingkan diri. Tidak begitu jelas apa yang Paulus maksudkan pada
saat dia mengatakan bahawa para penentangnya “mau mengucilkan kamu,”
meskipun hal ini menunjuk pada suatu usaha untuk menjauhkan mereka dari
hak istimewa Injil kecuali mereka tunduk pada peraturan sunat.
Fikirkanlah beberapa peristiwa di mana perkataan anda, meskipun benar dan
sangat bermanfaat, menyebabkan orang lain marah kepada anda. Apakah yang
anda pelajari dari pengalaman tersebut yang dapat menolong anda pada
kesempatan lain apabila anda perlu melakukan hal yang sama?
Similar topics
» KHAMIS 10 November
» KHAMIS 3 November
» KHAMIS 17 November _ Mengapa kembali kepada Perhambaan?
» KHAMIS 27 Oktober
» KHAMIS 6 Oktober
» KHAMIS 3 November
» KHAMIS 17 November _ Mengapa kembali kepada Perhambaan?
» KHAMIS 27 Oktober
» KHAMIS 6 Oktober
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin
» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin
» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin
» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin
» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin
» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin
» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin
» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin
» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin