Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


RABU 26 Oktober

View previous topic View next topic Go down

RABU 26 Oktober

Post by admin on Wed Oct 26, 2011 1:42 am



Injil Dalam Perjanjian Lama

“Dan Kitab Suci, yang sebelumnya mengetahui, bahawa Tuhan
membenarkan orang-orang bukan Yahudi oleh karena iman, telah terlebih
dahulu memberitakan Injil kepada Abraham: ‘Olehmu segala bangsa akan
diberkati’” (Galatia 3:Cool. Paulus menulis bahawa bukan sahaja Injil itu
disampaikan kepada Abraham, tetapi Tuhan sendiri yang menyampaikannya;
oleh sebab itu, ia pasti merupakan satu Injil yang benar. Tetapi bilakan Tuhan
menyampaikan Injil tersebut kepada Abraham? Tindakan Paulus dalam
memetik Kejadian 12:3 menunjukkan bahawa dia memikirkan tentang perjanjian
yang Tuhan buat dengan Abraham ketika memanggilnya dalam Kejadian 12:1–
3.
Sila baca Kejadian 12:1–3. Apakah yang hal ini beritahu kepada kita tentang
sifat perjanjian yang Tuhan buat dengan Abraham?
____________________________________________________________
Dasar kepada perjanjian Tuhan dengan Abraham berpusat pada janji-janji
Tuhan dengannya. Tuhan berkata kepada Abraham sebanyak empat kali, “Aku
akan.” Janji-janji Tuhan kepada Abraham menakjubkan kerana ia berat sebelah
semata-mata. Tuhan yang membuat semua janji tersebut; Abraham tidak
menjanjikan apa-apa. Hal ini berbeza dengan cara kebanyakan orang beribadah
kepada Tuhan. Selalunya kita berjanji kita akn melayani dia hanya jika Dia
juga berjanji melakukan sesuatu untuk kita. Tetapi hal itu bersifat legalisme.
Tuhan tidak meminta Abraham menjanjikan sesuatu tetapi hanya menerima
janji-janjiNya melalui iman. Sudah tentulah hal itu bukan satu tugas yang ringan
kerana Abraham perlu belajar bergantung sepenuhnya kepada Tuhan dan
bukan pada dirinya sendiri (lihat Kejadian 22). Oleh yang demikian panggilan
kepada Abraham menjelaskan unsur pada Injil, iaitu keselamatan oleh iman.
Sesetengah orang tersilap dalam menyimpulkan bahawa Alkitab mengajar
dua cara untuk mendapat keselamatan. Mereka mengakui bahawa dalam
Perjanjian Lama keselamatan itu berdasar kepada pemeliharaan hukum; selepas
itu, apabila cara ini tidak berkesan maka Tuhan membatal hukum dan membuat
keselamatan itu boleh diperolehi melalui iman. Hal ini tidak benar. Sebagaimana
Paulus katakan dalam Galatia 1:7, terdapat satu Injil sahaja.
Apakah lagi contoh lain yang anda dapati dalam Perjanjian Lama mengenai
keselamatan hanya melalui iman? Sebagai contoh, sila lihat Imamat 17:11,
Mazmur 32:1–5, 2 Samuel 12:1–13, Zakharia 3:1–4.
____________________________________________________________
Kita sering mendengar ungkapan “kasih kurnia murah.” Ini merupakan
ungkapan salah. Kasih kurnia tidak murah – ia percuma (sekurang-kurangnya
untuk kita). Tetapi kita akan menghancurkannya jika kita berpendapat bahawa
kita boleh tambahkan perbuatan kita kepadanya atau kita boleh
menggunakannya sebagai alasan untuk berbuat dosa. Dalam pengalaman anda
sendiri, mana satu di antara dua cara ini yang anda lebih cenderung melakukan
dan bagaimanakah anda boleh menghalangnya?

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum