Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
SELASA 25 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
SELASA 25 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
SELASA 25 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
SELASA 25 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
SELASA 25 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
SELASA 25 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
SELASA 25 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
SELASA 25 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
SELASA 25 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


SELASA 25 Oktober

Go down

SELASA 25 Oktober Empty SELASA 25 Oktober

Post by admin Wed Oct 26, 2011 1:40 am


Dianggap Benar

Pada pendapat anda, mengapakah Paulus pertama kali merujuk kepada Abraham
ketika dia memandang kepada Kitab Suci untuk mengesahkan perkhabaran Injil
yang disampaikannya? (Galatia 3:6).
Abraham merupakan tokoh utama dalam agama Yudaisme. Bukan sahaja dia
merupakan bapa leluhur kepada bangsa Yahudi, tetapi orang Yahudi pada zaman Paulus
melihat kepadanya sebagai prototaip (contoh sulung) tentang bagaimana seharusnya
sikap seorang Yahudi yang sejati. Ramai yang bukan sahaja percaya bahawa
tingkahlakunya yang ternyata adalah ketaatannya tetapi bahawa Tuhan telah
mengisytiharkan Abraham sebagai benar oleh kerana ketaatan tersebut. Kerana, Abraham
telah meninggalkan kampung halaman dan kaum keluarganya, dia menerima sunat dan
malah dia bersedia mempersembahkan anak lelakinya sebagai korban atas perintah
Tuhan. Itulah ketaatan sejati! Dengan desakan mereka tentang sunat maka para penentang
Paulus sudah pasti mendasarkan perbahasan mereka atas hakikat yang sama ini.
Namun, dalam Paulus membalikkan isu tersebut dengan merujuk kepada
Abraham—sebanyak sembilan kali dalam Galatia—sebagai satu contoh tentang iman
dan bukan penurutan hukum.
Perhatikan ayat yang Paulus petik dari Kejadian 15:6. Apakah maksudnya apabila
dikatakannya bahawa iman Abraham “memperhitungkan hal itu kepadanya
sebagai kebenaran”? (Lihat juga Roma 4:3–6, 8–11, 22–24.)
Sementara pembenaran adalah satu metafora yang diambil dari dunia
perundangan, istilah diperhitungkan adalah metafora yang di ambil dari bidang
perniagaan. Ia boleh bermaksud “dikreditkan” atau “memasukkan sesuatu dalam
akuan seseorang.” Bukan sahaja ia digunakan bagi merujuk kepada Abraham dalam
Galatia 3:6, tetapi ia muncul sebanyak 11 kali sehubungan dengannya. Beberapa
versi Alkitab bahasa Inggeris menterjemahkannya sebagai diambilkira,
diperhitungkan atau diberi untuk menjadi miliknya.
Menurut metafora yang Paulus gunakan, apa yang diperhitungkan kepada kita
ialah kebenaran. Namun persoalannya ialah atas dasar apakah Tuhan mengira kita
sebagai benar? Sudah pasti ia bukan berdasar kepada penurutan—di sebalik apa
yang para penentang Paulus katakan. Walau apapun yang mereka katakan mengenai
penurutan Abraham, Kitab Suci mengatakan bahawa adalah kerana iman Abraham
maka Tuhan memperhitungkan dia sebagai benar.
Alkitab adalah jelas: Penurutan Abraham bukan alasan kepadanya untuk
dibenarkan; sebaliknya penurutan itu adalah akibat daripadanya dia dikira benar.
Dia tidak melakukan perkara yang dibuatnya agar dapat dibenarkan; dia telah
berbuat demikian kerana dia sudahpun dikira benar. Pembenaran menuntun kepada
penurutan, bukan sebaliknya.
Sila renungi apa maknanya hal ini—bahawa anda dibenarkan bukan oleh
sesuatu yang anda telah lakukan tetapi oleh apa yang Kristus telah lakukan untuk
anda. Mengapakah hal itu suatu berita yang sangat baik? Bagaimanakah anda
boleh belajar membuat kebenaran itu menjadi milik anda: iaitu, percaya bahawa
ia boleh menjadi milik anda secara peribadi tanpa mengira apa yang anda
perjuangkan pada masa lampau dan pada masa ini?
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum