Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest None
Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
Top posting users this month
No user |
RABU 12 Oktober _Konfrontasi Di Antiokhia
Page 1 of 1
RABU 12 Oktober _Konfrontasi Di Antiokhia
Konfrontasi Di Antiokhia (Galatia 2:11–13)
Tidak lama selepas rundingan Paulus dengan para rasul di Yerusalem, Petrus
telah melawat Antiokhia di Siria, lokasi gereja bangsa lain yang pertama dan pusat
aktiviti pekerjaan penginjilan Paulus yang disebutkan dalam Kisah Para Rasul.
Ketika berada di sana, dengan bebasnya Petrus makan bersama dengan umat
Kristian yang bukan Yahudi, tetapi apabila satu kumpulan umat Kristian Yahudi
tiba dari Yakobus maka Petrus, yang takut dengan apa yang mereka akan fikirkantelah
mengubah sepenuhnya tingkahlakunya.
Mengapakah Petrus seharusnya lebih mengetahui? Bandungkan Galatia 2:11–
13 dengan Kisah 10:28. Apakah yang tindakannya katakan kepada kita tentang
betapa kukuhnya budaya dan tradisi itu tertanam dalam kehdiupan kita?
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Sesetengah pihak telah tersalah anggap bahawa Petrus dan orang yahudi lain
yang bersamanya telah berhenti menuruti hukum Perjanjian Lama tentahg
makanan halal dan haram. Namun, bukan hal ini yang dimaksudkan. Jika Petrus
dan semua umat Kristian dari kalangan bangsa Yahudi telah meninggalkan hukum
makanan yang dipraktikkan oleh orang Yahudi, satu kehebohan besar pasti telah
berlaku dalam gereja. Jika ia sedemikian, sudah pasti terdapat catatan mengenainya
tetapi tidak ada catatan yang ditemui. Kemungkinan besar isu itu adalah berkaitan
dengan pergaulan di meja makan bersama dengan bangsa lain. Ramai orang Yahudi
memandang kepada bangsa lain sebagai haram dan sudah menjadi amalan
dikalangan sesetengah di antara mereka untuk mengelak berinteraksi secara sosial
dengan bangsa lain seberapa yang mungkin.
Petrus sendiri telah bergelut dengan isu seperti ini dan hanya satu Penglihatan
dari Tuhan yang telah membantu dia melihat dengan jelas. Petrus berkata kepada
Kornelius, seorang pegawai tentera Rum, selepas dia masuk ke rumahnya, “Kamu
tahu, betapa kerasnya larangan bagi seorang Yahudi untuk bergaul dengan orangorang
yang bukan Yahudi atau masuk ke rumah mereka. Tetapi Tuhan telah
menunjukkan kepadaku, bahawa aku tidak boleh menyebut orang najis atau tidak
tahir” (Kisah 10:28). Walaupun dia lebih mengetahui, namun dia terlalu takut untuk
menyinggung perasaan mereka yang sebangsa dengannya sehingga dia kembali
kepada caranya yang lama. Nampaknya demikianlah kuatnya daya tarikan budaya
dan tradisi dalam kehidupan Petrus.
Namun Paulus menyebut tindakan Petrus dengan panggilan yang bertepatan
dengannya: istilah Yunani yang dia gunakan dalam Galatia 2:13 ialah munafik
(hypocrisy). Malah Barnabas pun, dikatakannya sebagai “terbawa oleh
kemunafikan mereka.” Kata-kata kesat dari seorang hamba Tuhan kepada seorang
hamba Tuhan yang lain.
Mengapakah telalu mudah untuk menjadi hipokrit? (Mungkin, adakah ia
kerana kita cenderung membutakan diri kita kepada kekurangan kita sendiri
sementara giat mencari kesalahan pada orang lain) Apakah jenis kemunafikan
yang anda dapati dalam kehidupan anda sendiri? Lebih penting lagi,
bagaimanakah anda mengenalinya dan mengikiskan?
Re: RABU 12 Oktober _Konfrontasi Di Antiokhia
There was never any doubt but that the Jewish Christians were as Jewish as before they became Christians. The only thing that separated them from their non-believing brothers was their acceptance of Jesus as Messiah. "Thou seest brother, how manythousands of Jews there are which believe and they are all ZEALOUS OF THE LAW".... Acts 21:20 The above directive came from the disciples, as was directed to Paul; making the disciples as ardent in keeping the ceremonial laws as the "many thousands of Jews that believe". Peter only did what any Jew who believed the law given by God not to allow Gentiles into the Temple, among other prohibitions against the gentiles ...he only did what he himself believed when he would not have gone into Cornelius' house, even though he himself, filled with the Holy Spirit, had won more than three thousands souls to Jesus, Messiah on the day of Pentecost..yet still; he would not have gone into Cornelius' house had he not been given the vision by God to go. Peter's behaviour was just in keeping with the belief of the Christian Jewish community led by the disciples. Should some think that this proves disunity with the gospel taught by the disciples with that gospel taught by Paul, let them think again. Truth does not cease being truth even when honest seekers after truth are in error. Some of John's disciples never did hear or accept the teachings of Jesus' disciples; but they were still godly followers.....John 4:1.. and as this is also evidenced by Paul's' own words..."This man was instructed in the way of the Lord, and being fervent in the Spirit, he spake and taught diligently the things of the Lord, knowing only the baptism of John". Acts 18:25
_By Courtney Edwards
_By Courtney Edwards
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin
» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin
» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin
» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin
» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin
» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin
» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin
» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin
» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin