Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu

Go down

ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu Empty ISNIN 10 Oktober _Sunat dan Saudara Palsu

Post by admin Thu Oct 13, 2011 12:48 am

Sunat dan Saudara Palsu

Mengapakah hukum sunat itu merupakan tumpuan utama dalam
pertelagahan di antara Paulus dengan sesetengah umat Kristian dari kalangan
bangsa Yahudi? Sila lihat Kejadian 17:1–22; Galatia 2:3–5; 5:2, 6; Kisah 15:1, 5.
Mengapakah bukan suatu yang sukar difahami bagaimana beberapa orang
boleh percaya bahawa bangsa lain juga perlu melalui upacara tersebut?
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Sunat adalah tanda hubungan perjanjian yang Tuhan tetapkan dengan
Abraham, bapa kepada bangsa Yahudi. Walaupun sunat hanyalah untuk
keturuan Abraham yang lelaki, namun semua orang dijemput untuk turut sama
dalam hubungan perjanjian itu dengan Tuhan. Tanda mengenai sunat telah
diberikan kepada Abraham dalam Kejadian 17. Hal ini berlaku selepas percubaan
malang yang Abraham lakukan – dengan menjadi bapa kepada anak yang
dilahirkan oleh hamba isterinya yang berbangsa Mesir - untuk membantu Tuhan
menunaikan janjiNya bagi Abraham untuk mendapat seorang anak lelaki.
Sunat merupakan tanda sesuai kepada perjanjian itu. Ia merupakan satu
peringatan bahawa rencana terbaik yang manusia rangkakan tidak akan
mencapai apa yang Tuhan sendiri telah janjikan. Upacara luaran sunat akan
menjadi lambang sunat pada hati (Ulangan 10:16, 30:6, Yeremia 4:4, Roma 2:29).
Ia melambangkan pelepasan daripada merasa yakin pada diri sendiri dan
sebaliknya setia bergantung kepada Tuhan.
Namun dalam zaman Paulus, sunat telah menjadi tanda berharga kepada
identiti bangsa dan agama— bukan untuk apa yang pada mulanya ia
dimaksudkan. Lebih kurang 150 tahun sebelum kelahiran Yesus, beberapa
negarawan yang berlebih-lebih semangatnya bukan sahaja memaksa semua orang
Yahudi yang belum disunat di Palestin agar disunatkan tetapi mereka juga
menuntutnya terhadap semua warga lelaki yang berada di negeri sekitarnya
yang berada di bawah pemerintahannya. Ada pula orang yang percaya bahawa
sunat merupakan paspot untuk keselamatan. Hal ini boleh dilihat melalui satu
pepatah purba yang jelas mengatakan hal-hal seperti, “Lelaki yang sudah disunat
tidak akan turun ke neraka”—C. E. B. Cranfield, A Critical and Exegetical
Commentary on the Epistle to the Romans (Edinburgh: T. & T. Clark Ltd., 1975), ms.
172.
Adalah menjadi satu kesilapan untuk menganggap bahawa Paulus
membantah sunat itu sendiri. Apa yang dibantah oleh Paulus ialah paksaan
bahawa mereka dari bangsa lain harus berserah kepada upacara sunat. Guruguru
palsu ini berkata: “Jikalau kamu tidak disunat menurut adat istiadat yang
diwariskan oleh Musa, kamu tidak dapat diselamatkan” (Kisah 15:1). Oleh sebab
itu, isu tersebut sebenarnya bukan berkenaan dengan sunat tetapi mengenai
keselamatan. Keselamatan adalah, sama ada melalui Kristus sahaja, atau yang
diusahakan oleh penurutan manusia.
Mungkin hari ini sunat bukanlah yang menjadi isu. Tetapi apakah (jika
ada) yang kita sebagai sidang hadapi yang sejajar dengan masalah ini?
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum