Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


JUMAAT 7 Oktober

View previous topic View next topic Go down

JUMAAT 7 Oktober

Post by admin on Wed Oct 12, 2011 2:55 am


Kajian Tambahan: “Dalam hampir setiap gereja terdapat beberapa anggota yang
berketurunan Yahudi. Para guru dari kalangan Yahudi menpunyai laluan
mudah serta dapat bertapak melalui mereka. Berdasar kepada alasan Alkitab,
adalah mustahil untuk mengabaikan doktrin yang diajara oleh Paulus; dengan
demikian mereka menggunakan cara yang paling tidak bermoral untuk
mengakang pengaruhnya dan melemahkan autoritinya. Mereka berkata bahawa
dia tidak pernah menjadi salah seorang daripada murid-murid Yesus dan tidak
menerima tauliah dariNya; namun dia dianggap sebagai mengajar doktrin yang
bertentangan dengan doktrin yang dipegang oleh Petrus, Yohanes dan muridmurid
yang lain. . . .
“Jiwa Paulus bergolak apabila dia melihat kejahatan cepat mengancam
untuk memusnahkan gereja-gereja ini. Serta merta dia menulis surat kepada
umat di Galatia dengan mendedahkan teori mereka yang palsu dan dengan
penuh tegas dia menegur mereka yang tersimpang dari iman.”—Ellen G. White,
Sketches From the Life of Paul, ms. 188, 189.
Soalan Perbincangan:
1. Dalam kelas, sila baca penjelasan anda tentang apa Injil itu mengikut fahama
anda. Apakah yang anda pelajari daripada tulisan masing-masing?
2. Dalam tulisan Paulus kepada umat di Galatia, dia berkata bahawa kematian
Yesus terjadi untuk satu alasan yang khusus. Apakah alasan itu dan apakah
makna yang ada padanya kita zaman ini?
3. Dalam Galatia 1:14 Paulus berkata bahawa dia terlalu bersemangat untuk
melakukan tradisi moyangnya. Berkata mengenai “tradisi” mungkin
maksudnya ialah tradisi yang tidak bertulis oleh orang Farisi dan dalam
Perjanjian Lama itu sendiri. Jika ada, apakah ruang bagi tradisi dalam iman
kita? Apakah amaran yang mungkin pengalaman Paulus boleh berikan kepada
kita hari ini berhubung seluruh persoalan mengenai tradisi?
4. Mengapakah Paulus kelihatan terlalu “tidak sabar” terhadap mereka yang
kepercayaannya berbeza dengan kepercayaannya? Sila baca sekali lagi beberapa
di antara perkara yang ditulisnya mengenai mereka yang mempunyai
pandangan berbeza terhadap Injil? Bagaimanakah kemungkinan seseorang
yang berpegang kuat serta tidak berkompromi kepada pendirian seperti ini
dipandang dalam gereja kita hari ini?
Ringkasan: Para guru palsu di Galatia cuba melemahkan pekerjaan penginjilan
Paulus dengan membuat tuduhan bahawa kerasulan serta Injil yang
disampaikannya bukan berasal dari Tuhan. Paulus menangani kedua-dua
tuduhan ini dalam ayat pembukaan suratnya kepada umat di Galatia. Dengan
berani dia berkata bahawa hanya terdapat satu jalan keselamatan dan
menjelaskan bagaimana kejadian yang berkisar pada peristiwa pertaubatannya
menunjukkan bahawa panggilan serta Injil yang dibawanya hanya boleh datang
dari Tuhan.

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum