Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


Pelajaran 8 _ Rabu 17 Ogos_

View previous topic View next topic Go down

Pelajaran 8 _ Rabu 17 Ogos_

Post by admin on Tue Aug 16, 2011 8:11 am


Elia dan Para Nabi Baal

Segala perkara semakin bertambah buruk si sebelah utara, terutama mengenai soal perbaktian di bawah pemerintahan Ahab dan Izebel. Adalah bersandarkan kepada latar belakang seperti inilah (Sila lihat 1 Raja-raja 17-19) kita tiba kepada cerita termahsyur mengenai pertemuan di antara Elia dan para nabi Baal. Di sinilah kita akan melihat betapa jauh mereka telah dibawa oleh tindakan berkompromi.

Sila baca 1 Raja-raja 18. Perhatikan berbezaan dalam “cara beribadah” di antara Elia dan para nabi palsu ini. Apakah pelajaran yang kita boleh ambil dan mungkin yang releven untuk kita hari ini serta seluruh persoalan mengenai kebaktian?

Ia pasti merupakan satu babak yang menarik: para nabi Baal yang melaung-laung, melompat-lompat dan berseru (siapa tahu jenis muzik apakah yang mengiringi upacara tersebut?), bernubuat, malah melukai diri mereka sendiri dan mencurahkan darah mereka sendiri sebagai sebahagian daripada ibadah mereka kepada Baal. Sudah tentu mereka terdiri dari orang yang terlalu gairah, penuh dengan azam dan semangat terhadap kepercayaan mereka kepada dewa yang mereka sembah, suatu azam dan semangat yang menunjukkan keikhlasan terhadap kepercayaan mereka.

Pada hari ini juga, sesetengah upacara kebaktian Kristian boleh mengingatkan seseorang mengenai sesuatu yang sama seperti ini: terlalu banyak emosi dan terlalu bising. Walaupun kita ingin mengelak suatu jenis acara kebaktian yang mirip seperti acara pengkebumian, namun kita juga tidak inginkan acara kebaktian yang mengingatkan kita mengenai imam para Baal di Gunung Karmel. Sesetengah orang seakan-akan berpendapat bahawa lebih banyak bunyi yang mereka buat, lebih kuat muziknya, lebih banyak kegairahan emosi yang dikeluarkan maka akan lebih tulenlah acara kebaktian tersebut. Namun bukan hal seperti ini yang dimaksudkan dengan kebaktian.

Mungkin salah satu pelajaran paling penting yang kita dapat dari cerita ini ialah semua bentuk ibadah harus tertumpu kepada Tuhan yang sebenar, iaitu kepada Pencipta. Kebaktian sejati perlu berdasarkan kepada firman Tuhan, membawa perhatian para penyembah kepada Tuhan dan aktivitiNya dalam sejarah. Berbeza dengan semua gelagat imam-imam Baal, Elia telah melafazkan satu doa yang sedarhana, “Jawablah aku, ya TUHAN, jawablah aku, supaya bangsa ini mengetahui, bahawa Engkaulah TUHAN, dan Engkalulah yang membuat hati mereka tobat kembali” (ayat 37).

Acara kebaktian kita harus sentiasa menyampaikan kepada para penyembah dengan soalan yang Elia tanyakan kepada umat Israel. “Berapa lama lagi kamu berlaku timpang dan bercabng hati? Kalau Tuhan itu TUHAN, ikutilah Dia, dan kalauBaal, ikutilah dia” (ayat 21). Ibadah kita harus memaksa kita untuk melihat di dalam hati kita dan melihat di mana letaknya kasih sejati dan kesetiaan kita: kepada Tuhan atau kepada hal-hal lain.

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 8 _ Rabu 17 Ogos_

Post by admin on Wed Aug 17, 2011 6:08 am

"Berapa lama lagi kamu berlaku timpang dan bercabang hati? Kalau TUHAN itu Allah, ikutilah Dia, dan kalau Baal, ikutilah dia." Tetapi rakyat itu tidak menjawabnya sepatah katapun. (1 Raja-raja 18:21)

Kisah ini mengingatkan kita tentang penyembahan yang palsu (Allah atau Baal).
Kita tidak faham mengapa bangsa Israel itu dengan mudah terpesong pada zaman itu. Tetapi kita boleh bayangkan bahawa penyembah baal dan penyembah TUHAN pada masa itu tidak ada bezapun. Mereka sama-sama dapat hidup seperti biasa. Penyembah Baal pun tiada yang kena bala (penyakit, kebuluran, dsb). Namun akhirnya, Tuhan mengadili juga dua kumpulan ini dan ternyata ada perbezaan yang besar.

Pada zaman ini pun berlaku keadaan seperti itu. Kita melihat orang yang kurang "religious" pun boleh hidup dengan baik. Atau mereka yang tidak berapa ikut sangat apa yang Alkitab katakan pun macam diberkati juga. Namun begitu, akhirnya (pada akhir sejarah dunia ini) Tuhan akan buat perhitungan juga di antara dua kumpulan ini, antara penurut hukum-hukumNya dan pelawan hukum-hukumNya. Pada masa itulah manusia akan lihat perbezaan yang besar. Tetapi janganlah kita tunggu sehingga tiba hari perhitungan itu sebab tantangan Elia itu adalah untuk kita sekarang.

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum