Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


Pelajaran 7 _Rabu 10 Ogos_

View previous topic View next topic Go down

Pelajaran 7 _Rabu 10 Ogos_

Post by admin on Tue Aug 09, 2011 8:06 am


Pelajaran 7
Rabu 10 Ogos
Ibadah dan Sanktuari

Biarlah doaku adalah bagi-mu seperti persembahan ukupan, dan tanganku yang terangkat seperti persembahan korban waktu petang” (Mazmur 141:2). Apakah lambang yang sedang digunakan di sini? Kepada apakah yang ditunjukkan oleh ayat ini?

Seluruh sanktuari Perjanjian Lama berpusat ada konsep korban persembahan. Betapapun musuh jiwa manusia memesongkannya, malah sehingga mnusia mengorbankan anak mereka agar (menurut kepercayaan mereka) dapat memujuk satu dewa yang murka (atau para dewa), sistem korban persembahan adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada kematian Yesus bagi pihak semua umat manusia. Ini seharusnya menunjukkan kesia-siaan perbuatan kita sendiri untuk menyelamatkan kita; ia menunjukkan bahawa upah dosa adalah korban mangsa yang tidak berdosa; ia menunjukkan bahawa Tuhan mempunyai satu rencana yang orang berdosa boleh diampuni, disucikan dan diterima oleh Tuhan melalui kasih kurniaNya.
Tidak hairanlah maka banyak di antara nyanyian mazmur, yang menjadi tema utama kepada perbaktian Israel, menggunakan lambang dan contoh yang diambil daripada upacara perbaktian dalam sanktuari. Sila lihat Mazmur 20:3, 43:4, 51:19, 54:6, 118:27, 134:2, 141:2.

Sila teliti upacara dalam sanktuari: haiwan yang dikorbankan, pelayanan para imam, perabot yang diletakkan di halaman. Apakah kebenaran kudus yang kita boleh pelajari dari sistem dunia yang sementara ini mengenai pekerjaan Yesus demi kita? Mengapakah semestinya kebenaran ini sangat penting dalam ibadah kita kepada Tuhan?

Sila baca Mazmur 40:6-8 dan Ibrani 10:1-13. Bagaimanakah Paulus mengaitkan Mazmur 40:8 dengan sistem korban persembahan?

Maksud penulis di sini ialah bahawa adalah melalui Kristus, dan bukan melalui kematian korban haiwan, yang kita boleh mendapat keselamatan. Hanya melalui Kristus terdapat pengampunan sejati terhadap dosa. Seluruh sistem duniawi hanyalah sekadar kiasan kepada apa yang Yesus akan lakukan bagi pihak bangsa manusia. Dalam kata lain, walaupun seluruh upacara sanktuari itu merujuk kepada Yesus, sebagai umat percaya mereka perlu berpindah dari lambang, kepada yang dilambangkan, iaitu Yesus dan pelayananNya untuk mereka dalam sanktuari di Syurga selepas kematian pendamaianNya.

Bagaimanakah kita dapat pastikan bahawa kita membuat kebaktian dan hal-hak dalam kebaktian itu merujuk kepada halnya sendiri? Bagaimanakah kita dapat pastikan bahawa setiap aspek perbaktian kita tertuju kepada Yesus dan pekerjaanNya bagi pihak kita?

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 7 _Rabu 10 Ogos_

Post by putrakinabalu on Fri Aug 12, 2011 2:12 am

Bagaimanakah kita dapat pastikan bahawa kita membuat kebaktian dan hal-hal dalam kebaktian itu merujuk kepada halnya sendiri? Bagaimanakah kita dapat pastikan bahawa setiap aspek perbaktian kita tertuju kepada Yesus dan pekerjaanNya bagi pihak kita?

Ini satu pertanyaan yang baik.
Dalam satu-satu kebaktian kita sekarang, biasanya ia berakhir begitu saja (kosong). Adakalanya seakan kebaktian tiada mesej mengenai Yesus dan pekerjaanNya bagi kita. Terlalu kerap kuthbah berbentuk doctrinal.

putrakinabalu

Posts : 5
Join date : 09/08/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum