Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


Pelajaran 7 _Selasa 9 Ogos_

View previous topic View next topic Go down

Pelajaran 7 _Selasa 9 Ogos_

Post by admin on Tue Aug 09, 2011 1:34 am

Pelajaran 7
“Seperti Binatang Yang Binasa”

Sebagaimana kita telah lihat kelmarin, dan sebagaimana kita semua ketahui terlalu banyak ketidakimbangan dan ketidakadilan yang berleluasa dalam dunia ini. Sejumlah kecil manusia yang hidup dalam kemewahan berbanding dengan sejumlah besar yang berusaha mencari nafkah hidup setiap hari. Jurang di antara yang kaya dan miskin semakin bertambah; dan apa yang memburukan lagi keadaan ialah yang kaya bertambah kaya dengan menindas mereka yang miskin. Di seluruh Alkitab, Tuhan sudah memberi amaran tentang penindasan dan ketidakadilan ini. Mereka yang bersalah terhadap perbuatan menindas ini dan tidak bertaubat dan berpaling dari perbuatan mereka akan berhadapan dengan banyak pertanggunganjawab pada hari penghakiman nanti.

Sila baca Mazmur 49. Bagaimanakah hal ini dikaitkan dengan apa yang kita baca kelmarin? Apakah mesej asas dalam Mazmur ini? Di manakah kita dapati injil di sini? Apakah pengharapan muktamad dan terakhir dipaparkan?

Adalah mudah untuk terperangkap dalam hal-hal di dunia terutamanya jika anda memiliki banyak hal dalam dunia ini sama seperti orang-orang kaya. Namun, seperti yang dikatakan oleh pemazmur, dan yang sepatutnya kita semua ketahui sekarang, hal-hal yang dalam dunia ini hanya sepintas lalu, terlalu sementar dan sangat mudah hilang. Dalam sehari sahaja, semua hasil kerja anda, semua yang anda usaha untuk capaikan, semua yang penting bagi diri anda boleh diambil, hilang dan musnah. Kita semua berada di hujung tanduk, sekurang-kurangnya dalam kehidupan di dunia ini. Mujurlah, sebagaimana nyanyian mazmur ini nyatkan, dan sebagaimana yang dinyatakan di bahagian lain dalam Alkitab, hidup dalam dunia ini bukanlah segala-galanya.

Sila tumpukan kepada ayat 7-9 dalam mazmur ini. Berdasarkan kepada konteksnya yang terdekat, apakah yang dimaksudkannya? Bagaimanakah ia menunjukkan bahawa kita semua, kaya dan miskin, secara muktamab mesti bergantung kepada Kristus untuk mendapat keselamatan?

Pernahkan anda mendapati diri anda cemburu dengan mereka yang memiliki lebih daripada apa yang anda miliki? Jika ya, mengapakah sangat penting untuk menyerahkan perasaan seumpama itu kepada Tuhan? Bagaimanakah emosi seperti ini menganggu kehidupan rohani anda, kepada hubungan anda dengan Tuhan dan kepada iman amnya? Bagaimanakah tindakan menumpukan kepada Yesus, Salib dan keselamatan membantu anda dari kezaliman emosi cemburu?




Last edited by admin on Tue Aug 09, 2011 2:36 am; edited 1 time in total

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 7 _Selasa 9 Ogos_

Post by putrakinabalu on Tue Aug 09, 2011 2:23 am

Mazmur
49:7 Sesungguhnya tak seorang pun dapat menyelamatkan saudaranya, atau membayar tebusannya kepada Allah.
49:8 Apa pun yang diberikannya tak akan mencukupi; terlalu mahal harga tebusan nyawanya,
49:9 agar ia terhindar dari mati dan dapat hidup selamanya.


Ayat ini merupakan nubuatan tentang penebusan oleh Yesus. Meskipun ini hanya mazmur (nyanian) dan digubah ratusan tahun sebelum kematian Yesus di kayu salib, namun mazmur yang diilhamkan ini memberi gambaran tentang penebusan Yesus yang tak ternilai itu. Dan melalui tebusan itu kita terhindar dari kematian yang kekal.

putrakinabalu

Posts : 5
Join date : 09/08/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajaran 7 _Selasa 9 Ogos_

Post by admin on Tue Aug 09, 2011 2:48 am

“Seperti Binatang Yang Binasa”
Setiap orang, tak kira miskin, kaya, pintar atau bebal semuanya akan mati binasa seperti binatang. Harta yang banyak tidak boleh dibawa mati. Hanya satu harapan bagi semua orang, iaitu penebusan oleh Allah melalui Yesus Kristus.

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 7 _Selasa 9 Ogos_

Post by Sponsored content Today at 10:34 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum