Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


Pelajaran 6 _Khanmis 4 Ogos_

View previous topic View next topic Go down

Pelajaran 6 _Khanmis 4 Ogos_

Post by admin on Wed Aug 03, 2011 4:48 am

Pelajaran 6
_Khanmis 4 Ogos_
“Nyanyikan satu Lagu Baru Kepada Tuhan!”

Malangnya, walaupun kita boleh memiliki beberapa di antara tema dan lirik pada nyanyian-nyanyian yang diilhamkan oleh Ilahi, namun kita tidak memiliki salah satu di antara muzik (lagu) nya.
Oleh sebab itu, dengan menggunakan bakat yang Tuhan berikan (sekurang-kurangnya mereka yang memiliki bakat ini), kita menggubah muzik kita sendiri, dan kadangkala lirik kita sendiri. Tetapi sebagaimana yg kita semua tahu, kita tidak melakukan hal ini dalam keadaan vakum (kosong). Kita berbakti sehubungan dengan budaya di tempat yang kita tinggal, budaya yang dari suatu tahap mempengaruhi kita dan muzik kita. Hakikat ini boleh menjadi perkara yang baik dan juga perkara yang tidak baik. Apa yang sukar ialah membezakan di antaranya.

Sila baa ayat-ayat berikut. Bagaimanakah ayat tersebut dapat membeeri kita prinsip yang seharusnya boleh memimpin kita untuk memilih jenis musik yang kita gunakan dalam kebaktian? 1 cor. 10:31, Pil 4:8, Col. 1:18.

{1 Kor. 10: 31 Aku menjawab: Jika engkau makan atau jika engkau minum, atau jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Allah.
Phi. 4:8 Jadi akhirnya, saudara-saudara, semua yang benar, semua yang mulia, semua yang adil, semua yang suci, semua yang manis, semua yang sedap didengar, semua yang disebut kebajikan dan patut dipuji, pikirkanlah semuanya itu.
}

Selama ini prsoalan mengenai muzik dan jenis muzik telah timbul dalam gereja kita. Dalam kes, muzik rohani tidak di berikan ststus kudus; dalam kes lain sukar untuk membezakan di antara apa yang dimainkan dalam gereja dan apa yang di ainkan sebagai muzik duniawi (kerana secara jujur dikatakan bahawa tidak ada perbezaannya.

Apa yang penting bagi muzik ialah ia menuntun kita kepada yang terhirmat dan terbaik, iaitu Tuhan. Ia harus serasi bukan sahaja dengan unsur kita yang lebih rendah tetapi juga dengan unsur yang lebih tinggi. Muzik bukan suatu yang berkecuali dari segi moral: ia boleh membawa kita melalui beberapa pengalaman rohani yang paling tinggi atau ia boleh digunakan oleh pihak musuh untuk memusnahkan kita, untuk membawa kejahatan pada nafsu dan keinginan serta menimbulkan kekecewaandan kemarahan. Apa yang seseorang perlu lakukan ialah melihat kepada apa yang dihasilkan oleh industri muzik hari ini untuk melihat contoh kukuh tentang bagaimana Syaitan telah memesongkan salah satu pemberian Tuhan yang mulia kepada manusia.

Muzik dalam acara kebaktian kita harus mempunyai unsur rohani, intelektual dan emosi yang seimbang. Lirik yang seharmoni dengan muziknya harus mengangkat kita, mengangkat fikiran kita dan membuat kita lebih merindui Tuhan yang telah melakukan terlalu banyak perkara untuk kita. Muzik yang boleh membawa kita kepada Salib, yang boleh menolong kita menyadari apa yang telah di berikan kepada kita dalam Kristus merupakan jenis muzik yang kita perlu dalam kebaktian.

Pelbagai budaya mempunyai citarasa berbeza dalam muzik dan ter dapat pelbagai jenis peralatan muzik dalam keluarga sedunia kita. Apakah yang mengangkat dan *mendiring kepada mereka dalam satu jenis budaya mungkin akan kelihatan ganjil kepada mereka yang berada dalam budaya yang berlainan.
Apapun, betapa penting bahawa kita berusaha mendapat pimpinan Tuhan untuk memilih jenis Muzik yang kita gunakan dalam acara kebaktian.

P/s. *Mendiring? Saya tidak faham perkataan ini.

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Khanmis 4 Ogos_

Post by olumisti on Fri Aug 05, 2011 3:01 pm

Typo error itu 'Mendiring'. Sepatutnya MENDORONG.

olumisti

Posts : 29
Join date : 03/08/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Khanmis 4 Ogos_

Post by admin on Fri Aug 05, 2011 3:33 pm

tq olumisti ..
saya pikir2 pun begitu tp saya takut saya yg salah..jd saya ikut taip saja.. Very Happy

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Khanmis 4 Ogos_

Post by olumisti on Fri Aug 05, 2011 4:12 pm

Dalam buku pelajaran kita, ada pertanyaan pada pelajaran hari ini. "Bagaimanakah budaya dan masyarakat mempengaruhi muzik di gereja anda?"

Komen: Budaya Sabah tidak banyak mempengaruhi muzik di gereja di Sabah. Budaya Indonesia dan negara Barat banyak mempengaruhi muzik di Sabah.

olumisti

Posts : 29
Join date : 03/08/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Khanmis 4 Ogos_

Post by admin on Fri Aug 05, 2011 5:58 pm

Budaya barat perlahan-lahan meresap dalam gereja kita di Sabah. Sekarang ini dikalangan anggota kita sendiri sudah mula mempertikaikan garispanduan penggunaan muzik dalam gereja.

Ada yang soal begini: Kenapa pula kita dengar musik rohani yang semua alat musik digunakan termasuk drum?
Soalan ini timbul kerana ada yang mempertikaikan penggunaan drum dalam gereja (walaupun sebenarnya gereja kita di Sabah saya pikir belum menggunakannya).

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Khanmis 4 Ogos_

Post by Sponsored content Today at 10:37 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum