Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


Pelajaran 6 _Rabu 3 Ogos_

View previous topic View next topic Go down

Pelajaran 6 _Rabu 3 Ogos_

Post by admin on Mon Aug 01, 2011 12:00 pm

Pelajaran 6
_Rabu 3 Ogos_
Nyanyian Daud

“Pada waktu bintang-bintang fajar bersorak-sorak bersama-sama, dan semua anak Allah sersorak-sorai” (Ayub 38:7)


2 Samuel 22 mencatatkan nyanyian yang Daud tulis dalam memuji Tuhan. (Sila lihat nyanyian tersebut dan perhatikan unsur utamanya dan bagaimana ia dikaitkan dengan kebaktian.) Perkara utamanya di sini dan di beberapa tempat lain dalam alkitab ialah muzik merupakan sebahagian penting dalam perbaktian. Menurut ayat di atas, para malaikat menyanyi sebagai menyambut penciptaan dunia.

Sila baca Wahyu 4:9-11, 5:9-13, 7:10-12, 14:1-3. Apakah yang hal ini beritahu kepada kita mengenai sesetengah perkara yang berlaku dalam suasana syurga yang tidak berdosa? Apakah di antara tema yang diungkapkan di sini dan apakah yang kita boleh pelajari darinya tentang ibadah?


[(Wah. 4: 9) Dan setiap kali makhluk-makhluk itu mempersembahkan puji-pujian, dan hormat dan ucapan syukur kepada Dia, yang duduk di atas takhta itu dan yang hidup sampai selama-lamanya,
(10) maka tersungkurlah kedua puluh empat tua-tua itu di hadapan Dia yang duduk di atas takhta itu, dan mereka menyembah Dia yang hidup sampai selama-lamanya. Dan mereka melemparkan mahkotanya di hadapan takhta itu, sambil berkata:
(11) Ya Tuhan dan Allah kami, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan.

(Wah. 5:9) Dan mereka menyanyikan suatu nyanyian baru katanya: "Engkau layak menerima gulungan kitab itu dan membuka meterai-meterainya; karena Engkau telah disembelih dan dengan darah-Mu Engkau telah membeli mereka bagi Allah dari tiap-tiap suku dan bahasa dan kaum dan bangsa.
(10) Dan Engkau telah membuat mereka menjadi suatu kerajaan, dan menjadi imam-imam bagi Allah kita, dan mereka akan memerintah sebagai raja di bumi."
(11) Maka aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu; jumlah mereka berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa,
(12) katanya dengan suara nyaring: "Anak Domba yang disembelih itu layak untuk menerima kuasa, dan kekayaan, dan hikmat, dan kekuatan, dan hormat, dan kemuliaan, dan puji-pujian!"
(13) Dan aku mendengar semua makhluk yang di sorga dan yang di bumi dan yang di bawah bumi dan yang di laut dan semua yang ada di dalamnya, berkata: "Bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba, adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya!"]


Apa yang terutama kepada tema nyanyian pujian dan pemujaan ini ialah Yesus sebagai Pencipta dan penebus. Jika mereka menyanyi mengenai hal ini di sini syurga, bukankah kita semestinya juga lebih melakukan hal yang sama di dunia ini?
Tidak dipersoalkan bahawa nyanyian dan muzik serta pujian merupakan sebahagian dari acara kebaktian kita. Sebagai mahkluk yang dicipta menurut gambar Tuhan, kita sama-sama memiliki keinginan terhadap muzik sebagaimana mahkluk pintar yang lain. Sukar untuk membayangkan suatu budaya yang tidak menggunakan muzik dalam suatu acara dan untuk suatu tujuan. Minat dan penghargaan terhadap muzik tersulam dalam intipati kewujudan kita; pastinya Tuhan menjadikan kita sedemikian.

Terdapat satu kuasa dalam muzik yang menyentuh dan menggerakkan hati kita yang bentuk komunikasi lain tidak miliki. Dalam bentuknya yang murni dan halus, seakan-akan muzik mengangkat kita memasuki hadirat Tuhan sendiri. Pada suatu saat dalam kehidupan, siapakah di antarakita yang tidak pernah mengalami kuasa muzik yang membawa kita lebih dekat kepada Pencipta kita?

Apakah yang telah menjadi satu pengalaman rohani anda dengan kuasa pada muzik? Apakah jenis muzik yang anda dengar dan bagaimanakah ia mempengaruhi hubungan anda dengan Tuhan?


admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Rabu 3 Ogos_

Post by admin on Wed Aug 03, 2011 1:31 am

Siapakah yang disebut bintang-bintang fajar, dan siapa pula yg disebut 'semua anak Allah'? scratch

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Rabu 3 Ogos_

Post by olumisti on Fri Aug 05, 2011 4:37 pm

Bintang-bintang fajar.... ada komentar yang merujuknya sebagai 'malaikat, oleh kerana sinar dan kemuliaan mereka' sebagai ciptaan yang lebih baik daripada manusia.

Ayub 38:7 berbicara tentang 'bintang fajar' menyanyi sewaktu Tuhan "laying the foundations of the earth." Manusia belum dicipta pada waktu itu oleh itu kemungkinan sekali para malaikat lah yang menyanyi pada waktu itu.

olumisti

Posts : 29
Join date : 03/08/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Rabu 3 Ogos_

Post by Angela on Fri Aug 05, 2011 5:15 pm


Ada versi alkitab yang menyebut anak-anak Allah itu 'Malaikat'. maka kalau
kalau bintang-bintang fajar itu merujuk kepada malaikat..mcm lain bunyi sudah tu ayat.
Mungkinkah bintang-bintang fajar itu sekadar mentafora? Atau mungkin bintang2 fajar itu merujuk kepada manusia di bintang2 (dunia) yg sudah dicipta sebelum bumi?

p/s. Ini tiada kaitan dengan pelajaran SS ..sekadar pendalaman alkitab.



Angela

Posts : 5
Join date : 30/07/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Rabu 3 Ogos_

Post by olumisti on Fri Aug 05, 2011 5:27 pm

Angela wrote:
Ada versi alkitab yang menyebut anak-anak Allah itu 'Malaikat'. maka kalau
kalau bintang-bintang fajar itu merujuk kepada malaikat..mcm lain bunyi sudah tu ayat.
Mungkinkah bintang-bintang fajar itu sekadar mentafora? Atau mungkin bintang2 fajar itu merujuk kepada manusia di bintang2 (dunia) yg sudah dicipta sebelum bumi?

p/s. Ini tiada kaitan dengan pelajaran SS ..sekadar pendalaman alkitab.



Pertama, tidak jelas, dalam Alkitab, samada ADA manusia dicipta dibumi lain SEBELUM bumi ini dicipta. Kedua, malaikat sudah ada sebelum bumi ini dicipta. Oleh itu setakat ini saya rasa bintang fajar itu mungkin sekali malaikat. Itu pun kalaulah penting sangat untuk keselamatan kita untuk mengetahui siapa itu bintang fajar. Ya, tumpuan kita pada pelajaran SS ialah penyembahan lagu dan pujian. Tapi ok juga, untuk mendalami tulisan dalam Alkitab.

olumisti

Posts : 29
Join date : 03/08/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Rabu 3 Ogos_

Post by admin on Fri Aug 05, 2011 5:31 pm

Saya pindahkan pertanyaan ini di topik "Pertanyaan"..

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Rabu 3 Ogos_

Post by Sponsored content Today at 10:36 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum