Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


Pelajaran 6 _Isnin 1 Ogos_

View previous topic View next topic Go down

Pelajaran 6 _Isnin 1 Ogos_

Post by admin on Sun Jul 31, 2011 2:35 am

ISNIN
Patah Hati, Patah Semangat

“Korban sembelihan kepada Tuhan ialah jiwa yang hancur; hati yang patah dan remuk tidak akan kau pandang hina, ya Tuhan” (Mazmur 51:17)

Fikirkan mengenai kata-kata Daud itu, tetapi dalam konteks perbaktian. (Kerana, dalam zaman Israel Purba, perbaktian berkisar pada korban persembahan.) Sedarilah juga bahawa perkataan yang diterjemahkan sebagai “remuk” datangnya dari istilah Ibrani yang bererti “hancur.” Apakah yang Tuhan sedang katakan kepada kita di sini? Bagaimanakah kita memahami idea ini seiring dengan idea bahawa harus ada sukacita dalam kebaktian kita? Mengapa dua konsep yang berbeza ini tidak seharusnya bercanggahan?
_________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________
Sebagai umat kristian, kita menganggapnya sebagai diberikan (atau sekurang-kurangnya menganggap sebagai suatu yang seharusnya menganggap) bahawa semua bangsa manusia sudah jatuh, berdosa dan mundur. Kemunduran dan keberdosaan ini termasuklah kita semua secara individu. Fikirkan mengenai perbezaan di antara apa yang anda tahu boleh berlaku pada anda dengan apa sebenarnya diri anda sekarang, perbandingan di antara jenis pandangan yang anda fikirkan dengan jenis yang anda tahu adalah yang seharusnya anda fikirkan.
Sebagai umat Kristian, dengan piawai Yesus yang berdasarkan pada Alkitab di hadapan kita, kesedaran peribadi terhadap sikap kita yang sebenar boleh menjadi suatu yang memudaratkan. Dari sinilah datangnya patah semangat, hati yang hancur dan remuk yang kita alami. Jika seseorang yang mengakui sebagai Kristian tidak boleh melihat ini maka mereka benar-benar buta; kemungkinan besar mereka tidak mengalami satu pertaubatan yang sejati atau telah kehilangannya.

Namum, sukacita yang datang kerana mengetahui bahawa, di sebalik keadaan kita yang terjatuh, Tuhan sangat mengasihi kita, Kristus telah datang dan mati, mengorbankan diriNya sebagai persembahan untuk kita, dan bahawa hidupNya yang sempurna, kesucianNya yang sempurna, sifatNya yang sempurna menjadi milik kita melalui iman. Sekali lagi tema "Injil kekal" (Wah. 14:6) muncul. Perbaktian kita harus berpusat bukan sahaja pada keberdosaan kita sendiri tetapi pada penyelesaian menakjubkan yang Tuhan berikan, iaitu Salib. Sudah tentu kita memerlukan hati yang patah dan remuk tetapi kita harus sentiasa merangka realiti menyedihkam ini kepada apa yang Tuhan telah lakukan untuk kita di dalam Kristus. Malah, kesedaran tentang betapa aibnya keberdosaan kita, kita boleh mendapat kehidupan kekal juga dan bahawa kerana Yesus, Tuhan tidak akan menghitung segala pelanggaran kita. Inilah kebenaran yang harus sentiasa berada di pusat segala upacara perbaktian kita, sama ada berkumpulan atau individu.

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Isnin 1 Ogos_

Post by admin on Mon Aug 01, 2011 12:25 pm

Setiapkali kita datang menyembah Tuhan di gereja, seharusnya disertai dengan hati yang hancur, penyesalan kerana keberdosaan kita. Bukanlah bermakna kita datang ke gereja dengan muka yang sedih atau dengan hati yang berduka tetapi harus sentiasa ada kesedaran kita, mengapa kita datang ke gereja setiap Sabat. Kita datang ke gereja bukan saja memuji Tuhan dengan muzik dan nyanyian tetapi juga untuk mempersembahkan diri kita yang berdosa ini untuk memohon keampunan dari Tuhan.


admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Isnin 1 Ogos_

Post by olumisti on Fri Aug 05, 2011 5:39 pm

Sewaktu hadir digereja, mungkin kita terlalu fokus kepada tujuan untuk dihiburkan. Tapi kita punya orientasi, ialah hiburan untuk siok-siok. Tetapi hiburan yang kita hadiri digereja bukan sekadar hiburan siok-siok.

Lagi pun, manusia mengambil masa berhibur kerana ingin melupakan segala musibah, malapetaka, keperitan yang kita ALAMI (berlaku kepada dita). TETAPI, kita ke gereja kita mau pasti akan dihiburkan sebab kita diampuni daripada kelakuan jahat yang KITA LAKUKAN.

olumisti

Posts : 29
Join date : 03/08/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajaran 6 _Isnin 1 Ogos_

Post by Sponsored content Today at 10:37 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum