Pelajaran Sekolah Sabat
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sat Aug 27, 2016 2:59 pm
Latest topics
» AHAD 4 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month


SELASA 15 November

View previous topic View next topic Go down

SELASA 15 November

Post by admin on Sun Nov 13, 2011 9:30 am


“Tuhan Mengutus AnakNya” (Galatia 4:4)


“Tetapi setelah genap waktunya, maka Tuhan mengutus AnakNya, yang
lahir dari seorang perempuan dan takluk kepada hukum Taurat” (Galatia
4:4).
Tindakan Paulus memilih perkataan “genap” menunjukkan peranan Tuhan
yang aktif menjayakan rencanaNya dalam sejarah manusia. Yesus bukan
datang pada bila-bila masa sahaja; Dia datang tepat pada masa yang ditentukan
oleh Tuhan. Dari prespektif sejarah, pada masa itu dikenali sebagai Pax Romana
(Rum Damai), dua ratus tahun lamanya keamanan dan kestabilan secara relatif
seluruh empayar Roma. Penaklukan Rum ke atas Mediterranean telah
membawa damai, bahasa yang umum, perjalanan yang lancar, persamaan
budaya yang memudahkan penyebaran Injil itu dengan cepat. Dari prespektif
Alkitabiah, ianya juga menandakan masa yang ditentukan Tuhan untuk
kedatangan Mesias yang dijanjikkan itu (lihat Dan. 9:24–27).
Kenapakah Kristus harus mengambil sifat kemanusiaan kita untuk
membolehkan Dia menebus kita? Yohanes 1:14; Galatia 4:4, 5; Roma 8:3, 4; 2
Korintus 5:21; Filipi 2:5–8; Ibrani 2:14–18; 4:14, 15.
Galatia 4:4, 5 mengandungi satu catatan yang paling ringkas tapi tepat
mengenai injil dalam Alkitab. Kedatangan Yesus ke dalam sejarah manusia
bukanlah satu kebetulan. “Tuhan mengutus AnakNya.” Dalam kata lain, Tuhan
telah mempunyai rencana untuk keselamatan kita.
Juga yang jelas dalam ayat ini ialah dasar kepercayaan Kristian mengenai
keTuhanan Yesus yang kekal yang tak dapat disangkal (Yohanes 1:1–3, 18;
Filipi 2:5–9; Kolose 1:15–17). Tuhan tidak mengirim seorang utusan surgawi.
Dia sendiri yang telah datang.
Walaupun Dia adalah Anak Tuhan yang pra-wujud, Yesus juga “lahir dari
seorang wanita.” Walaupun kehaliranNya melalui seorang anak dara
dinyatakan melalui ayat ini, namun ia secara khusus lebih menenkankan
kemanusiaanNya.
Ungkapan “lahir di bawah hukum” menunjukkan Yesus bukan sahaja
kepada keturunan Yesus sebagai orang Yahudi tetapi juga mencakup fakta
bahawa Dia menanggung hukuman kita.
Adalah perlu bagi Kristus untuk mengenakan pada diriNya sifat
kemanusiaan kita kerana kita tidak dapat menyelamatkan diri kita sendiri.
Dengan cara menyatukan sifat keTuhananNya dengan sifat kemanusiaan kita
yang telah jatuh, Kristus diperakui layak menjadi Pengganti, Juruselamatdan
Imam kita. Sebagai Adam kedua, Dia datang untuk menuntut kembali apa yang
telah hilang oleh Adam pertama kerana pelanggarannya (Roma 5:12–21). Oleh
penurutanNya, Dia memenuhi tuntutan hukum dengan sempurna, dengan itu,
Dia menebus kegagalan tragik Adam. Dan oleh kematianNya di kayu Salib,
Dia menegakkan keadilan hukum yang menuntut kematian orang berdosa,
dengan demikian Dia mendapat hak untuk menebus semua yang datang
kepadanya dalam iman dan penyerahan yang sejati.

admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 57
Location : sandakan

View user profile http://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum