Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
ISNIN 14 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
ISNIN 14 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
ISNIN 14 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
ISNIN 14 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
ISNIN 14 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
ISNIN 14 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
ISNIN 14 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
ISNIN 14 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
ISNIN 14 November EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


ISNIN 14 November

Go down

ISNIN 14 November Empty ISNIN 14 November

Post by admin Sun Nov 13, 2011 9:17 am


Menjadi Hamba Pepada Prinsip Asas

Setelah membandingkan hubungan kita dengan Tuhan bagaikan anak dan
pewaris, sekarang Paulus memperincikan dalam kiasan ini dengan
memasukkan tema warisan dalam Galatia 4:1–3. Istilah yang Paulus gunakan
menimbulkan satu situasi di mana seorang pemilik ladang besar telah
meninggal dan mewasiatkan semua hartanya kepada anak lelakinya yang
sulung. Anaknya itu bagaimanapun masih belum dewasa. Pada zaman inipun,
biasanya wasiat seorang ayah menetapkan bahawa anaknya perlu berada
dibawah pengawasan penjaga dan pengurus sehingga dia cukup matang.
Walaupun dia adalah tuan kepada harta ayahnya oleh gelar, tapi oleh kerana
dia belum cukup dewasa dia tidak lebih daripada seorang hamba dalam
hakikinya.
Kiasan Paulus adalah sama dengan mereka yang tegas dalam penurutan
yang disebut dalam Galatia 3:24, tetapi dalam kes ini kuasa pengurus lebih
unggul dan lebih penting. Mereka bertanggungjawab bukan sahaja mengasuh
anak tuan itu, tetapi mereka juga bertanggungjawab atas kewangan dan urusan
pentadbiran sehingga anak tuan itu matang untuk mengambilalih tugas itu
bagi dirinya sendiri.
Sila baca Galatia 4:1–3. Apakah yang Paulus katakan di sana, yang seharusnya
dapat menolong memperjelaskan peranan hukum itu dalam hidup kita,
setelah kita berada dalam Kristus?
Apa yang Paulus maksudkan dengan ungkapan “takluk kepada roh-roh
dunia” (Galatia 4:3, Cool dipertikaikan. Istilah Yunani stoicheia secara literal
bererti “unsur-unsur.” Sesetengah orang melihatnya sebagai gambaran unsurunsur
bumi (2 Petrus 3:10, 12); atau sebagai kuasa syaitan yang menguasai
zaman yang jahat ini (Kolose 2:15); atau sebagai asas pengetahuan agama yang
belum sempurna, bagaikan baru mengenal ABC mengenai agama (Ibrani 5:12).
Paulus menekankan status kemanusiaan sebagai “belum akil balig” sebelum
kedatangan Kristus (Galatia 4:1–3) bermakna di sini dia merujuk kepada asas
pengetahuan agama yang belum sempurna. Jika demikian, Paulus mengatakan
bahawa pada waktu Perjanjian Lama, hukum dan korban, hanya sebagai dasar
Injil yang menghuraikan asas penyelamatan. Jadi, hukum upacara yang penting
yang memberi tunjuk ajar kepada Israel itu bagaimanapun hanyalah bayangan
kepada apa yang bakal datang. Ianya tidak pernah bermaksud menggantikan
tempat Yesus.
Mengaturcara kehidupan dengan peraturan-peraturan ini dan bukan pada
Kristus samalah seperti kembali ke zaman lampau. Jemaat Galatia yang kembali
kepada unsur-unsur asas selepas kedatangan Yesus sama seperti anak dewasa
dalam kiasan Paulus yang ingin menjadi kanak-kanak semula.
Sementara iman seperti kanak-kanak boleh dianggap positif (Matius 18:3),
adakah hal ini perlu disamakan dengan kematangan kerohanian? Atau adakah
kamu bermaksud bahawa semakin anda bertumbuh dalam kehohanian,
semakin iman kamu menjadi seperti kanak-kanak? Sejauh manakah iman anda
bersifat keanak-anakan, “murni” serta boleh dipercayai?
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

ISNIN 14 November Empty Re: ISNIN 14 November

Post by admin Sun Nov 13, 2011 9:23 am

Perhatian ..Yg mcm muka berspek itu sebenarnya angka lapan tapi atomatik jadi begitu apabila angka lapan disusuli dengan kurungan..Smile
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum