Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest None
Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
Top posting users this month
No user |
JUMAAT 4 November
Page 1 of 1
JUMAAT 4 November
Kajian Tambahan: “Dalam perhambaan mereka, bangsa itu jauh telah jauh kehilangan
pengetahuan tentang Tuhan dan tentang prinsip-prinsip daripada perjanjian
Abraham. Dalam membebaskan mereka dari Mesir, Tuhan berusaha untuk
menyatakan kepada mereka kuasa dan rahmatNya agar mereka dapat dituntun
untuk mengasihi dan mempercayai Dia; Dia membawa mereka ke Laut Merah—
yang mana, pada waktu dikejar oleh orang Mesir, kelepasan kelihatannya mustahil—
agar mereka dapat menyedari kepada keadaan mereka yang sama sekali tidak
berdaya dan keperluan mereka pada pertolongan Ilahi; dan kemudian Dia pun
memberikan kelepasan bagi mereka. Dengan demikian mereka dipenuhi oleh kasih
dan rasa syukur kepada Tuhan dan dengan kepercayaan kepada kuasaNya untuk
menolong mereka. Dia telah mengikat mereka kepada diriNya Sendiri sebagai
Penebus mereka dari perhambaan yang bersifat sementara itu.
“Tetapi masih ada satu kebenaran lain yang lebih besar yang harus ditanamkan
di dalam fikiran mereka. Semasa hidup di tengah-tengah penyembahan berhala
dan kejahatan, mereka tidak lagi mempunyai pandangan yang benar tentang
kesucian Tuhan, tentang kejinya hati mereka, tentang ketidaksanggupan mereka,
dalam usaha mereka untuk menurut hukum Tuhandan tentang keperluan mereka
untuk seorang Juruselamat. Mereka harus diajar tentang semuanya ini.”—Ellen
G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 371.
“Hukum Tuhan, diungkapkan dalam kemuliaan yang dahsyat dari Sinai,
merupakan ucapan penghukuman bagi orang berdosa. Kuasa pada hukum itu adalah
menghukum, namun di dalamnya tidak ada kuasa untuk mengampuni atau
menebus.”—Ellen G. White Comments, The SDA Bible Commentary, vol. 6, ms. 1094.
Soalan Perbincangan:
1. Bagaimanakah perasaan anda terhadap orang yang tidak menepati janjinya
kepada anda? Apakah bezanya sama ada orang itu bermaksud memenuhi
janjinya tetapi gagal melaksanakannya atau memang dia telah berubah
fikiran, atau orang itu memang sengaja tidak mau menepati janjinya?
Bagaimanakah tahap kepercayaan anda terhadapnya setelah janji itu
diingkari, apapun alasannya? Apakah ertinya bagi anda bahawa anda
percaya pada janji-janji Tuhan? Atau, bagaimanakah anda belajar untuk
terlebih dahulu mempercayai janji-janji Tuhan?
2. Dalam cara apakah kita berada dalam bahaya dipengaruhi oleh lingkungan
kita hingga akhirnya kita kehilangan pandangan tentang kebenaran penting
yang Tuhan telah berikan kepada kita? Bagaimanakah kita dapat membuat
diri kita sedar tentang apakah pengaruh-pengaruh yang merusakkan itudan
bagaimana kita boleh menanganinya?
Ringkasan: Pemberian hukum di Sinai tidak membatalkan janji-janji yang Tuhan
telah berikan pada Abraham, hukum itu juga tidak mengubah ketetapanketetapan
dalam janji tersebut. Hukum itu telah diberikan agar manusia
menyedari sejauhmanakah sebenarnya keadaan keberdosaan mereka dan
menyedari keperluan mereka kepada janji Tuhan yang diberikan kepada
Abraham dan keturunannya.
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin
» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin
» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin
» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin
» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin
» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin
» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin
» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin
» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin