Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests None
Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
Top posting users this month
No user |
KHAMIS 3 November
Page 1 of 1
KHAMIS 3 November
Keunggulan Janji
“Musa inilah yang menjadi pengantara dalam sidang jemaah di padang gurun
di antara malaikat yang berfirman kepadanya di gunung Sinai dan nenek moyang
kita; dan dialah yang menerima firman-firman yang hidup untuk menyampaikannya
kepada kamu” (Kisah 7:38).
Dalam Galatia 3:19, 20, Paulus meneruskan arus pandangannya mengenai
hukum yang tidak membatalkan perjanjian mengenai kasih kurnia; hal ini penting
kerana, jika teologi dari orang yang menentangnya betul maka hukum itu
sememangnya akan berbuat demikian. Oleh yang demikian, fikirkan kepada keadaan
kita nanti sebagai orang berdosa jika kita bergantung kepada perbuatan kita dalam
penurutan hukum untuk menyelamatkan kita dan bulan bergantung kepada kasih
kurnia Tuhan. Akhirnya nanti kita tidak akan mempunyai pengharapan.
Walaupun perincian Injil yang Paulus sampaikan dalam Galatia 3:19, 20 adalah
sukar, namun perkara asas yang dikemukakannya adalah jelas: hukum itu adalah
perkara kedua pentingnya kepada janji kerana ia disampaikan melalui malaikat
dan Musa. Hubungkait para malaikat dalam memberikan hukum tidak disebut dalam
Keluaran tetapi ia terdapat di pelbagai tempat dalam Alkitab (Ulangan 33:2; Kisah
7:38, 53; Ibrani 2:2). Paulus menggunakan perkatan pengantara 1 Timothy 2:5 dalam
merujukkepada Kristus, tetapi kenyataannya di sini jelas menunjukkan bahawa dia
merujuk kepada Ulangan 5:5 di mana Musa berkata, “aku pada waktu itu berdiri
antara TUHAN dan kamu untuk memberitahukan firman TUHAN kepadamu.”
Sebesar mana maha mulianya saat hukum disampaikan di Sinai, dengan jumlah
kehadiran malaikat yang tidak terkiradan sebagaimana pentingnya Musa sebagai
penyampai hukum, namun pemberian hukum itu adalah secara tidak langsung.
Berbeza dengan hal itu, janji Tuhan telah di buat secara langsung kepada Abraham
(dan dengan demikina kepada semua umat percaya juga) kerana tidak ada perlunya
bagi seorang pengantara. Akhirnya, betapapun pentingnya hukum itu, ia bukan
pengganti kepada janji keselamatan melalui kasih kurnia oleh iman. Di sebaliknya,
hukum membantu kita untuk memahami dengan lebih baik betapa indahnya janji
itu sebenarnya.
Gambarkan sifat pertemuan Abraham secara langsung dengan Tuhan. Apakah
faedah yang ada dalam berhubungan langsung dengan Tuhan seperti ini?
Perhatikan Kejadian. 15:1-6; 18:1-33; 22:1-18.
____________________________________________________________
Fikirkanlah beberapa contoh lain dalam Alkitab yang pernah berhubungan
langsung dengan Tuhan—Adam dan Hawa di Taman Eden (Kejadian 3); Tangga
Yakub (Kejadian 28); dalam perjalanan Saulus menuju Damsyik (Kisah 9).
Mungkin anda belum memiliki pengalaman yang sangat dramatik seperti ini,
namun dengan cara apakah Tuhan telah menyatakan diriNya kepada anda?
Tanyakanlah dalam hati, apakah ada dalam kehidupan anda yang mungkin telah
menghalang anda untuk memiliki satu hubungan intim dan langsung dengan
Tuhan seperti yang dialami oleh Abraham. Jika ada, langkah apakah yang anda
harus lakukan agar dapat berubah?
Similar topics
» KHAMIS 10 November
» KHAMIS 24 November _ Berkata Benar
» KHAMIS 17 November _ Mengapa kembali kepada Perhambaan?
» KHAMIS 1 Disember
» KHAMIS 27 Oktober
» KHAMIS 24 November _ Berkata Benar
» KHAMIS 17 November _ Mengapa kembali kepada Perhambaan?
» KHAMIS 1 Disember
» KHAMIS 27 Oktober
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Fri Dec 02, 2011 3:31 am by admin
» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:30 am by admin
» JUMAAT 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:28 am by admin
» KHAMIS 1 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:27 am by admin
» RABU 30 November
Fri Dec 02, 2011 3:24 am by admin
» SELASA 29 November
Fri Dec 02, 2011 3:21 am by admin
» ISNIN 28 November
Fri Dec 02, 2011 3:20 am by admin
» AHAD 27 November
Fri Dec 02, 2011 3:15 am by admin
» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
Fri Dec 02, 2011 3:13 am by admin