Pelajaran Sekolah Sabat


Join the forum, it's quick and easy

Pelajaran Sekolah Sabat
Pelajaran Sekolah Sabat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Mon Oct 30, 2023 10:49 am
Latest topics
» AHAD 4 Disember
ISNIN 31 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:31 am by admin

» Pelajaran 11 _ *3-9 Disember
ISNIN 31 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:30 am by admin

» JUMAAT 2 Disember
ISNIN 31 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:28 am by admin

» KHAMIS 1 Disember
ISNIN 31 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:27 am by admin

» RABU 30 November
ISNIN 31 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:24 am by admin

» SELASA 29 November
ISNIN 31 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:21 am by admin

» ISNIN 28 November
ISNIN 31 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:20 am by admin

» AHAD 27 November
ISNIN 31 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:15 am by admin

» Pelajaran 10 _ *26 November – 2 Disember
ISNIN 31 Oktober EmptyFri Dec 02, 2011 3:13 am by admin

Top posting users this month
No user


ISNIN 31 Oktober

Go down

ISNIN 31 Oktober Empty ISNIN 31 Oktober

Post by admin Sun Nov 13, 2011 7:54 am


Iman dan Hukum (Roma 3:31)

Paulus telah membahas dengan tegas untuk keagungan iman dalam hubungan
seseorang dengan Tuhan. Dia telah berulangkali mengatakan bahawa bukan sunat
atau sebarang “melakukan hukum” yang menjadi syarat kepada keselamatan, “
‘tidak ada seorangpun yang dibenarkan’ oleh kerana melakukan hukum Taurat”
(Galatia 2:16). Tambahan pula, bukanlah perbuatan melakukan hukum yang menjadi
tanda penentu kepada seorang umat percaya tetapi iman (Galatia 3:7). Kenyataan
berulang mengenai perbuatan melakukan hukum ini menimbulkan satu pertanyaan,
“Jika demikian, adakah hukum itu langsung tidak memounyai nilai? Adakah Tuhan
telah membatalkan hukum?”
Oleh kerana keselamatan itu adalah oleh iman dan bukan kerana melakukan
hukum, adakah Paulus bermaksud mengatakan bahawa iman telah
membatalkan hukum? Apakah yang dikatakan kepada kita oleh ayat-ayat
berikut? Bandingkan Roma 3:31 dengan Roma 7:7, 12; 8:3 dan Matius 5:17–
20.
Maksud perbahasan Paulus dalam Roma 3 sama dengan ang dibincangkannya
mengenai iman dan hukum dalam Galatia. Dengan menyedari bahawa ulasannya
mungkin akan menyebabkan sesetengah orang mengambil kesimpulan bahawa dia
mengetengahkan iman dan meniadakan hukum maka Paulus menanyakan soalan
berbentuk retorik seperti berikut, “Jika demikian, adakah kami membatalkan hukum
Taurat kerana iman?” Istilah yang diterjemahkan sebagai “membatal” dalam Roma
3:31 ialah katargeo. Paulus menggunakan perkataan ini secara kerap dan digunakan
dalam Roma 3:3, Efesus 2:15dan sebagai “hilang kuasanya” dalam Roma 6:6, atau
malah “dibinasakan” dalam 1 Korintus 6:13. Jelas bahawa, jika Paulus mahu
mengesahkan idea bahawa hukum itu seolah-olah dibatalkan bersama Salib,
sebagaimana sesetengah orang akui pada masa ini sebagai yang diajar oleh Paulus,
maka di sinilah masa yang sesuai untuk Paulus melakukannya. Tetapi bukan sahaja
Paulus menyangkalkan sentimen seperti ini dengan ungkapan Tidak, dia sebenarnya
menetapkan bahawa injil yang disampaikannya “meneguhkan” hukum!
“Rencana pembenaran oleh iman menyatakan perhatian Tuhan terhadap
hukumNya dalam menuntut dan menyediakan korban penebusan. Jika pembenaran
oleh iman membatalkan hukum, maka tidak ada perlunya bagi kematian penebusan
Kristus untuk membebaskan orang berdosa daripada dosa-dosanya dan
memulihkan dia dalam damai bersama Tuhan.
“Tambahan, iman sejati menunjukkan dalam dirinya satu kesediaan mutlak
untuk memenuhi kehendak Tuhan dalam satu kehidupan penurutan terhadap
hukumNya. . . . Iman sebanr, berdasar kepada kasih sepnuh untuk Juruselamat
boleh menuntun kepada penurutan.”—The SDA Bible Commentary, vol. 6, ms. 510.
Fikirkan menerusi implikasi jika sememangnya Paulus bermaksud bahawa
iman telah membatalkan keperluan untuk memelihara hukum. Adakah, sebagai
contoh, zina itu bukan lagi satu dosa, atau mencuri dan malah membunuh?
Fikirkan tentang kesedihan, kedukaan dan penderitaan yang anda boleh elakkan
jika anda menuruti sahaja hukum Tuhan. Apakah penderitan yang anda atau
orang lain telah lalui akibat sepnuhnya dariupada melanggar hukum Tuhan?
admin
admin
Admin

Posts : 177
Join date : 28/07/2011
Age : 64
Location : sandakan

https://sekolahsabat.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum